Monday 7 January 2013

Sahabat Karib

Assalamualaikum wbt :')

Hye semua, apa khabar ye? Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria di samping orang yang tersayang ;) Hari ini, saya tak sihat. Saya sakit. Sakit hati ini hendak menanggung rasa sedih yang teramat :)

Mesti korang semua ada BFF kan? Ye lah, yang BEST FRIEND FOREVER tu lah :) Bagi korang, apakah definisi untuk sahabat karib ? Bagi saya, term SAHABAT KARIB dan TEMAN RAPAT mempunyai dua maksud yang berbeza. Kalau TEMAN RAPAT, kita just rapat dengan dia, share masalah dengan dia, selalu keluar sama-sama dengan dia, and then gelak-gelak dengan dia. Secara luarannya, memang TEMAN RAPAT ni nampak close dengan kita sebab dia selalu ada dengan kita. BUT..

SAHABAT KARIB merupakan insan yang tidak pernah melukai hati kita, memahami diri kita sepenuhnya, sentiasa memberi kata-kata perangsang yang positif, dan bersedia untuk berada di sisi sewaktu kita memerlukan teman untuk berkongsi rasa. SAHABAT KARIB ni memang selalunya kita tidak nampak dia berada di sisi kita setiap masa dan berkepit macam belangkas, tetapi di saat kita susah, dia lah orang pertama yang tampil untuk menghulurkan bantuan. Itu tandanya sayang pada seorang sahabat. Sahabat begitulah yang saya perlukan, dan saya yakin kita semua memerlukannya :)

Hakikatnya, saya masih keliru adakah saya mempunyai SAHABT KARIB ataupun saya hanya mempunyai TEMAN RAPAT sahaja. Benarlah kata orang, bukan senang untuk kita menjumpai seorang SAHABT KARIB yang boleh membimbing kita hingga ke syurga. Hubungan SAHABAT KARIB ini sangat lah berharga dan ia takkan putus hingga ke akhir hayat melainkan nyawa salah seorng daripada mereka telah diambil oleh Yang Maha Esa :') Innalillahiwainnaailaihirojiuunn.. 

Secara zahir dan batinnya, saya mengakui yang saya terasa begitu sedih pada malam ini. Sebenarnya sedih ini sudah lama bertandang di hati cuma saya rasa malam ini adalah kemuncaknya. Saya mempunyai seorang teman, dah lama dah kenal dia. Well, takde lah lama sangat actually, baru dua tahun kenal :) Entahlah, sebelum ni saya anggap dia lah SAHABT KARIB saya yang sentiasa ada di sisi sewaktu saya memerlukan dan saya harapkan dialah orangnya yang akan selalu menceriakan hari-hari saya. Dahulu ya, memang boleh dikatakan kami ini sangat mesra dan rapat, hampir keseluruhan rahsia kami, masing-masing tahu dan kami berkongsi segala suka dan duka bersama. 

Sekarang, saya rasa hidup saya kosong dan sepi. Dia semakin jauh dari saya, saya cuba hendak mencungkil apakah sebab dan puncanya. Tapi saya masih tak pasti. Dia selalu mendiamkan diri ketika kami bersama dan hanya akan bersuara setelah saya yang memulakan perbualan. Saya mengaku, memang sudah banyak kali saya berkecil hati dengan sikap dia tapi itu semua tidak lama. Saya terus melupakan perkara tersebut dan berlagak seperti kebiasaan. Adakah dia merupakan SAHABAT KARIB yang saya anggap selama ini? Saya rasa sakit untuk mengakuinya, sakit sangat hati ini :')

Saya bersyukur kerana saya masih ada keluarga yang sentiasa menyayangi diri saya dan membuat saya gembira sentiasa. Saya juga bersyukur dengan kehadiran buah hati saya, Muhammad Faris bin Zulkefely yang sentiasa menyokong dan meberi kata-kata perangsang untuk saya meneruskan kehidupan yang berliku ini. Kepada dia lah saya sentiasa meluahkan apa yang terbuku di hati ini, dan setiap kali itulah dia tidak pernah jemu untuk berusaha membangkitkan semangat saya dan membuat saya tersenyum kembali :) Thank you dear <3

Buat si dia teman ku, saya berharap sangat agar awak berhenti daripada melukakan hati saya yang sangat mudah terguris ini. Saya memohon beribu kemaafan andai saya tersilap kata dan melakukan kesalahan yang saya tidak perasan. Saya akui, saya hanyalah seorang insan biasa yang sering melakukan kesilapan dan juga  cuba untuk menjadi sahabat yang baik  :')

Malam ini saya akan cuba memujuk hati yang lara ini. Saya percaya saya tidak bersendirian, saya masih ada sahabat lain yang ada di sisi saya sepanjang masa. Buat anda semua yang mempunyai SAHABAT KARIB, jagalah sahabat anda itu sebaik-baiknya kerana nilai seorang sahabat itu amatlah berharga :')

Wallahualam :') *try to smile*




No comments:

Post a Comment