Thursday 24 January 2013

It's Okay to be Not Okay

Assalamualaikum wbt :)

Selamat sejahtera semuanya, may Allah always give His bless for you, amin insyaallah. Buat sesiapa yg belum mengenali si penulis, 'Hye my name is Amal and perhaps you will enjoy reading my blog,' *smile*

Hmm, how I can start yeah? Okey, actually i'm not okey right now, i'm not fine since 4 days ago. Why? Hmm, I hope you dont mind if i want to share some of my sad story *smile*

I have one 'special' friend (faham2 lah ye) and he is very sweet, caring, sincere, happy-go-lucky and hmm cute. (malu) We have been in relationship since 2 years ago. Now i'm already 20 y/o (yeyyy!!) Oh, he's 1 year older than me means he's 21 this year. He lives in Kedah and taking diploma in Masscom ( Media and Communication) at Island College of Technology (ICT), Balik Pulau, Penang for 3 years. He have 2 elder brothers and he is the youngest. In fact, he's very close to his mother, mama Norrani and I really love 'Mommy's Son' actually. We can know how he treat his future wife by looking at how he treat his mom :)

Currently, he is in final semester and yeah, he's been busy for many works to do. So, as a good partner, I have to understand his circumstance. We still keep in touch with each other even just 2-3 messages in one day. At night, we will be on the phone to wish good night. One day, (4 days ago) he's been soo busy for the whole day since morning till up the night. It made me felt a little upset cause i was at home and I hope we can texting or have a line with him. But I have to understand right, so I just waited for him. The clock showed it was 12 am already and I start to worried cause he still didn't give me any text or call. So I called him and sadly he didn't pick up my call. I think I've tried to called him about too many times but still no answer from him. OMG, what happened to him Ya Allah? I just pray that he's in safe and fine. 1 hour passed, he still kept silent. I tried to ask some of his friends but nobody knew where was he. Suddenly my phone was ringing. Oh that was him! Without wasting any times, I picked up the call and tell him about how much I worried about him. Then he just say sorry and told me that his phone was getting low in battery. That is why he didnt pick up my call. I was like, SERIOUSLY ?! JUST BECAUSE OF THAT? And he told me he was at Restoran Kapitan. (in the midnight, i dont know with whom, and what happened when he didnt answer my call) I admit I was sulking on that night cause I dont know why I felt like he was ignoring me and I HOPE HE WILL CALL BACK TO PERSUADE ME. I waited for him till he returned home but what makes me very horrified is, he didn't called me and I dont know when he arrived home. And i'm crying till the morning.

On the next day, at 6.30 am I felt so curious and worried. What happened to him? Is he fine? Still, he didn't pick my call. I think he got a hundred miscall from me I guess. About 10.30 am, finally he answered my call and I heard something wrong with his voice. I ask him, what happened my dear? He told me he was in sick and having gastric. I was shocked. I felt angry, why you just tell me on this time? And in the same time, it makes me felt more worried. I didn't realize that my tears were fell from my eyes on that time. ( why you did like this, do you know how much I worried about you when you ignored my call,) Far in my heart, I was praying that he'll get recover as soon as possible. I get so emotional on that time. .

A couple hours later, I tried to threw out all my sad emotion and tried to call him back to ask about his condition. Start on that time, he DID NOT ANSWER ALL MY CALLS. ANYMORE :( I don't know how many miscalls that he got from me, what I knew, he was ignoring my call and i just got one message from him telling that 'he needs time and space to recover'. Today is the fourth day. . I felt like I've been dumped . . There were lots of things that I didn't know from him, he have to tell me many things . . Cause I'm like the blind without his stick :") I miss him soo much . . I even know where is he right now cause he did not back to his house, that what his friend told me. Oh Allah, please protect him from any dangers and harm, please open his heart to come back to me, I need him :'( After 3 days passed, I have to rise from the gloom day as a bright sunshine ! Even I know that my heart didn't tell so :) IT'S OKAY NOT TO BE OKAY. 

Wallahualam. 




Thursday 17 January 2013

Bawang Merah Bawang Putih

Assalamualaikum wbt :)

Selamat petang semua ! Saya baru sahaja terjaga dari tidur lepas tu terus makan nasi kerabu yang saya beli kat kolej tadi, lapar lah, hehee. Harini saya nak ceritakan tentang pengalaman saya berlakon dalam drama muzikal tadi. Drama kami harus lah berdasarkan kisah-kisah Melayu Klasik dan team saya telah bersepakat untuk memilih kisah Bawang Merah Bawang Putih untuk dipersembahkan di hadapan pelajar-pelajar dan lecturer yang lain. Drama muzikal ini merupakan salah satu assessment bagi subjek Bahasa Melayu Pra-Sekolah and it carries 10 marks :)

Setelah berbincang, saya telah dipilih untuk menjadi Bawang Merah yang sangat jahat dan sering sahaja membuli Mak Labu dan Bawang Merah iaitu adik tirinya. Kisah ini menceritakan tentang Mak Labu bersama anaknya Bawang Putih dan Mak Kundur bersama anaknya Bawang Merah. Mak Kundur dan Mak Labu bermadu dan setelah Pak Ali (suami Labu dan Kundur) meninggal dunia, kehidupan Mak Labu dan Bawang Putih tidak lagi bahagia kerana mereka sering diarah seperti hamba oleh Maku Kundur dan Bawang Merah. Bawang Putih mempunyai rupa paras yang jelita dan suara yang merdu berbanding Bawang Merah. Oleh itu, Bawang Merah seringkali cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh Bawang Putih dan disebabkan itu jugalah Bawang Merah sentiasa bertindak kejam terhadap Putih. 

Klimaks bagi kisah ini adalah apabila Mak Kundur telah membunuh Mak Labu yang sedang mambasuh baju di tepi sungai dengan menolak Labu hingga jatuh ke dalam sungai dan mati kelemasan. Setelah Mak Labu terjatuh ke dalam sungai, dia telah bertukar menjadi ikan kaloi. Putih yang berasa sunyi dan rindu akan emaknya sering mengunjungi sungai tersebut untuk memanggil si ikan kaloi dan memberinya makan. Setelah perkara ini dihidu oleh Bawang Merah, dia terus mengadu kepada Mak Kundur dan mereka merancang untuk menangkap ikan tersebut dan menggoreng ikan tersebut untuk diberi kepada Putih tanpa pengetahuan si Putih. 

Okey saya dah malas nak type untuk sambung kisah ini sebab saya yakin lah korang semua mesti dah familiar dengan cerita ni kan. And ALHAMDULILLAH, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada sedikitpun kecacatan. Sambutan daripad audience pun tidak kurang hebatnya kerana mereka enjoy dengan persembahan kitorang. Saya bersama rakan saya yang lain ada selitkan unsur humor untuk membuatkan audience seronok di samping terapkan unsur2 antagonus dan scene 'sedih' yang menjadi sehingga lecturer pun mengalirkan air mata !

Antara perkara lain yang menyebabkan kami dapat full marks ni adalah kerana sound effect kami yang cukup menjadi. Sepanjang lakonan kami menggunakan sound effect yang berlatar belakangkan suasana di kampung sama seperti yang kita sering dengar semasa menonton cerita-cerita Melayu klasik lah ;) Lepastu kalau ada part saspens ke terkejut ke, kami guna sound effect lightening and thunderstorm ! Untuk wujudkan suasana malam, kami guna sound effect bunyi cengkerik. Semua sound effect ni kami download je dari internet, sangat senang ;) Okey, sampai sini sajalah tinta saya pada kali ni. Cewahh, sekarang ni saya dah pandai cakap Melayu klasik tau :P Nak tengok gambar2 tadi? Boleh, takde masalah, tapi ada sikit je lah sebab yang lain ada dalam kamera kawan ;) Wallahualam.

Bawang Merah with Sultan

Bawang Putih vs Bawang Merah

Fake mole yang sangat besar ^^,

My team with Miss Wani our lecturer 

Tuesday 15 January 2013

An Exhausting Week !

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini hari Rabu bersamaan dengan 16th January 2012. Ada birthday siapa-siapa tak hari ni? Saya ucapkan Happy Birthday, May Allah bless you with your beloved one okey  ;) Hari jadi saya nanti jangan lupa wish tau, 25th July nanti, hehee. 

Oh yaa, why do I sad that this week is an exhausting week for me? Hmm. Yeah, it was ! Sangat-sangat memenatkan, dan saya hampir-hampir terjunam ke dalam emosi yang tidak begitu stabil akibat tekanan kerja yang agak memenatkan bagi saya. Nasib baiklah saya masih mampu mengawal diri. Ni baru jadi student in Diploma Early Childhood Education, belum degree + master lagi kan, waaaaaa :D Kuat amal kuat kuat !

Dua tugasan yang agak mencabar bagi saya adalah, saya perlu membuat DUA DRAMA MUZIKAL ! Satu dalam Bahasa Melayu, and another one in English. Hmm. Saya tak kisah kalau nak kena berlakon tu, sebab saya memang suka teater ni. Masalah nya sekarang adalah persediaan dan props. Semalam, satu kumpulan yang bagi saya agak hebat telah mempersembahkan Cerita Melayu Klasik iaitu Si Tanggang. Esok, giliran kumpulan saya pula mempersembahkan cerita Bawang merah dan Bawang Putih dan saya akan melakonkan watak sebagai Bawang Merah yang jahat dan annoying dan suka membuli Bawang Putih. Tentang kumpulan yang saya katakan tadi, mereka dapat full marks 10/10 ! My god !! and yeah, THEY DESERVE IT :)

Perkara ini memberikan tamparan besar buat saya sebagai ketua kumpulan untuk memastikan ahli kumpulan saya yang lain memberikan satu persembahan yang mampu membuatkan audience dan lecturer saya kagum. Semalam, semalaman saya dan rakan saya menyiapkan props yang akan digunakan dalam drama muzikal nanti seperti backdrobe, lembing, buaian, pokok2 di hutan, dan pelbagai lagi lah. Memang penat sangat semalam, saya habis kelas pukul 6.40 petang, sampai rumah terus mandi dan solat, kemuadia rakan2 yang lain bertandang ke rumah saya untuk sama-sama menyiapkan props kami. 

And today, we will going to rehearse our musical drama. Kami akan berlatih dan terus berlatih sehingga semuanya nampak sempurna dan lancar. Latihan akan bermula pada pukul 2 petang nanti sebab ahli kumpulan saya yang lain masih ada kelas. So, here i am typing this post to share with you guys. Sebenarnya, instead of preparing for this musical drama, I have lots of other written assignment that I should finish by the end of this mid-term break. Maybe I was thinking too much about my work and that is why I felt so tired and exhausted. Buat rakan-rakan yang membaca blog saya ini, saya harap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya untuk musical drama esok. ESOK ADALAH HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU! Bawang Merah akan beraksi secara kejam terhadap Bawang Putih dan Mak Labu! hahahaha. Okey, menjiwai watak sekejap. 

Okey lah, sampai di sini sahaja coretan saya. Di bawah ni saya saje lah kan nak letak gambar2 saya bersama adik kesayangan saya (adik angkat) sebab sekarang ni saya tengah rindukan dia. Nama dia Ajwad :) Wallahualam. 




Friday 11 January 2013

Bye-2 Boboy :)

Assalamualaikum wbt ;)

Selamat pagi, tengah hari, petang dan malam untuk semuanya ! Hehee. Sekarang saya berada di Restoran Taj yang berada di PV13 iaitu rumah apartment saya! I mean, kat tingkat bawah rumah saya lah kan, mana ada restoran kat tingkat atas sekali dengan rumah-rumah yang lain kan. Kalau ada lah, alangkah bestnya ! :) Korang semua dah makan ke belum ni ? Kalau belum cepat-cepat pergi bukak peti ais, ambil lah coklat ke, gula-gula ke, ice cream ke, pastu sambung duduk depan laptop korang semua ye sambil baca celoteh saya yang merepek meraban ni :D

Haaaa, okey okey fokus on our topic today yeah. 'Bye-2 Boboy'? Apakah itu? Is he going to leave me? Yeahhhh :((( He's going to leave me for 2 days and 1 night and he is going to Genting Highland with his friends. Malam ni lah dia bertolak naik bas yang disewa. Saya nak sangat ikut, tapi tak boleh sebab saya ada banyak assignment yang harus disettlekan on this weekend. So, yeah. Have fun boboy ! :D

Jadi, saya nak bagi beberapa pesanan kat awak ni tau. Nanti, awak kat sana jangan nakal-nakal okey. Awak boleh berseronok dengan kawan-kawan awak, tapi jangan melebih sangat tau takut apa-apa benda buruk yang tak diingini jadi kat awak nanti. Mintak dijauhkan la ya Allah. 

Lepas tu , saya nak pesan dekat awak, jangan tinggal solat tau sepanjang ada kat sana. Seronok seronok , main sana main sini, jalan sana jalan sini, awak jangan lupa solat tau. Solat tu kan tiang agama ;)

Yang paling penting saya nak pesan, awak jangan lah lupakan saya dekat sini tau. Tapi saya tahu awak takkan lupakan saya punya, awak kan selalu cakap saya sentiasa di hati awak :)

Okey lah, itu je lah yang saya nak pesan. Take care dear, have fun !! ;)

Wallahualam :)


Thursday 10 January 2013

TRY TO BE COOL :)

Assalamualaikum wbt :)

Hye ! Bertemu lagi kita ya. Sihat tak awak? Kalau sihat bagus lah, alhamdulillah ;) Hari ini hari Jumaat bersamaan dengan 11 Januari 2013, still in a new year mood :)

Saya update blog ni sebab sebenarnya saya tersangat sangat lah bosan aka boring . (sama lah tu) Supposedly I have Usrah session at 2.30 pm tapi pukul 11 dah ada kat kolej dah, awal gile kan? Well, actuaalu saya takut duduk dekat rumah sorang2 tadi. Housemates yang lain semua dah keluar ke kolej awal-awal pagi lagi. Tinggal saya je duk berbaring atas tilam sambil perhatikan kawan-kawan lain duk bersiap. Niat di hati ni nak tidur balik lah tapi, tak mahu lelap pulak mata ni. Jadi saya cuba untuk menghilangkan rasa boring dengan mambaca novel berjudul 'Rahsia Perindu' yang ditulis oleh penulis kegemaran saya iaitu Ramlee Awang Murshid. Novel ini mengisahkan tentang bagaimana seorang wanita yang mengakui dirinya sebagai Amylia walhal nama sebenarnya adalah Maria ! Maria mempunyai penyakit misteri iaitu split personality di mana dia telah membentuk satu alam fantasi yang direka oleh dirinya sendiri. Dalam cerita tersebut, Maria memainkan pelbagai watak iaitu seorang isteri, ibu, peguam berkaliber dan juga seorang pembunuh ! Memang best lah cerita ni dan saya berjaya menghabiskan novel tersebut dalam masa 2 hari sahaja :)

Sedang saya khusyuk membaca novel sambil ditemani lagu-lagu yang dimainkan melalui my lovely android, tiba-tiba hati saya rasa tak sedap. Saya dapat rasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan saya. Ahh, maybe perasaan je kot. Saya kuatkan volume lagu dekat android saya and TRY TO BE COOL. Tapi still tak cool pun. Saya rasa tak sedap hati sebab macam-macam bunyi yang saya dengar walaupun saya cuba pekakkan telinga sebab saya tahu hanya saya seorang sahaja yang ada dalam rumah. Then saya terus decide nak pergi mandi and keluar ke kolej. Naik cab pun takpe kalau takde bas sebab saya tak berani stay kat rumah sorang2 even waktu pagi2 macam tadi :) And now, here I am di Kolej Islam Antarabangsa sitting in the Cyber Cafe and updating my blog :)

Harini saya banyak berseorangan di kolej. Mana ye kawan-kawan saya yang lain? Oh, masih awal so diorang semua tak sampai lagi. Hmm meyra dah ada kat kolej tapi macam tu lah dia sentiasa busy dengan discussion semua. So saya pun taknak lah ganggu dia. Entah lah, lately ramai yang tanay saya "Eh Amal dah tak rapat dengan meyra ke?" Oooo, mentang-mentang dah lama tak nampak Amal dengan dia , korang tanya macam tu eh. Ye, memang dah lama dah kami tak dapat lepak2 or duduk sama2 dekat kolej. Even nak bertembung pun dah payah dah sekarang ni. Apatah lagi makan bersama. She's always being busy and sometimes so was I :) Jumpa pun dekat rumah je. Saya try nak curi masa untuk makan bersama dengan dia , tapi setiap kali ditanya, jawapan dia? "Meyra dah kenyang, Amal makan lah." Okey, saya tak kisah walaupun agak berkecil hati. but I TRY TO BE COOL :)

Okey lah, now I have to think what I'm going to do after this to fill my free time :) Online twitter pun best jugak ni. See you later, nanti kalau saya dah idea nak tulis pasal apa saya update lagi blog ni ya. Tata !

Wallahualam.



Monday 7 January 2013

Sahabat Karib

Assalamualaikum wbt :')

Hye semua, apa khabar ye? Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria di samping orang yang tersayang ;) Hari ini, saya tak sihat. Saya sakit. Sakit hati ini hendak menanggung rasa sedih yang teramat :)

Mesti korang semua ada BFF kan? Ye lah, yang BEST FRIEND FOREVER tu lah :) Bagi korang, apakah definisi untuk sahabat karib ? Bagi saya, term SAHABAT KARIB dan TEMAN RAPAT mempunyai dua maksud yang berbeza. Kalau TEMAN RAPAT, kita just rapat dengan dia, share masalah dengan dia, selalu keluar sama-sama dengan dia, and then gelak-gelak dengan dia. Secara luarannya, memang TEMAN RAPAT ni nampak close dengan kita sebab dia selalu ada dengan kita. BUT..

SAHABAT KARIB merupakan insan yang tidak pernah melukai hati kita, memahami diri kita sepenuhnya, sentiasa memberi kata-kata perangsang yang positif, dan bersedia untuk berada di sisi sewaktu kita memerlukan teman untuk berkongsi rasa. SAHABAT KARIB ni memang selalunya kita tidak nampak dia berada di sisi kita setiap masa dan berkepit macam belangkas, tetapi di saat kita susah, dia lah orang pertama yang tampil untuk menghulurkan bantuan. Itu tandanya sayang pada seorang sahabat. Sahabat begitulah yang saya perlukan, dan saya yakin kita semua memerlukannya :)

Hakikatnya, saya masih keliru adakah saya mempunyai SAHABT KARIB ataupun saya hanya mempunyai TEMAN RAPAT sahaja. Benarlah kata orang, bukan senang untuk kita menjumpai seorang SAHABT KARIB yang boleh membimbing kita hingga ke syurga. Hubungan SAHABAT KARIB ini sangat lah berharga dan ia takkan putus hingga ke akhir hayat melainkan nyawa salah seorng daripada mereka telah diambil oleh Yang Maha Esa :') Innalillahiwainnaailaihirojiuunn.. 

Secara zahir dan batinnya, saya mengakui yang saya terasa begitu sedih pada malam ini. Sebenarnya sedih ini sudah lama bertandang di hati cuma saya rasa malam ini adalah kemuncaknya. Saya mempunyai seorang teman, dah lama dah kenal dia. Well, takde lah lama sangat actually, baru dua tahun kenal :) Entahlah, sebelum ni saya anggap dia lah SAHABT KARIB saya yang sentiasa ada di sisi sewaktu saya memerlukan dan saya harapkan dialah orangnya yang akan selalu menceriakan hari-hari saya. Dahulu ya, memang boleh dikatakan kami ini sangat mesra dan rapat, hampir keseluruhan rahsia kami, masing-masing tahu dan kami berkongsi segala suka dan duka bersama. 

Sekarang, saya rasa hidup saya kosong dan sepi. Dia semakin jauh dari saya, saya cuba hendak mencungkil apakah sebab dan puncanya. Tapi saya masih tak pasti. Dia selalu mendiamkan diri ketika kami bersama dan hanya akan bersuara setelah saya yang memulakan perbualan. Saya mengaku, memang sudah banyak kali saya berkecil hati dengan sikap dia tapi itu semua tidak lama. Saya terus melupakan perkara tersebut dan berlagak seperti kebiasaan. Adakah dia merupakan SAHABAT KARIB yang saya anggap selama ini? Saya rasa sakit untuk mengakuinya, sakit sangat hati ini :')

Saya bersyukur kerana saya masih ada keluarga yang sentiasa menyayangi diri saya dan membuat saya gembira sentiasa. Saya juga bersyukur dengan kehadiran buah hati saya, Muhammad Faris bin Zulkefely yang sentiasa menyokong dan meberi kata-kata perangsang untuk saya meneruskan kehidupan yang berliku ini. Kepada dia lah saya sentiasa meluahkan apa yang terbuku di hati ini, dan setiap kali itulah dia tidak pernah jemu untuk berusaha membangkitkan semangat saya dan membuat saya tersenyum kembali :) Thank you dear <3

Buat si dia teman ku, saya berharap sangat agar awak berhenti daripada melukakan hati saya yang sangat mudah terguris ini. Saya memohon beribu kemaafan andai saya tersilap kata dan melakukan kesalahan yang saya tidak perasan. Saya akui, saya hanyalah seorang insan biasa yang sering melakukan kesilapan dan juga  cuba untuk menjadi sahabat yang baik  :')

Malam ini saya akan cuba memujuk hati yang lara ini. Saya percaya saya tidak bersendirian, saya masih ada sahabat lain yang ada di sisi saya sepanjang masa. Buat anda semua yang mempunyai SAHABAT KARIB, jagalah sahabat anda itu sebaik-baiknya kerana nilai seorang sahabat itu amatlah berharga :')

Wallahualam :') *try to smile*




Wednesday 2 January 2013

STRESS !

Assalamualaikum wbt :)

Hye semua ! Saya baru je balik daripada pergi makan burger bakar dekat area wangsa maju :) Ya Allah kenyangnya perut nii, sampai keras ! hehee . Memang besar gila and rasa dia? Ummmpphhhh !! Marvelous ! Wallaahh ! Saya ada snap picture burger bakar ni sebelum makan tadi, nak tengok tak ? :)


Ummpphh, sedap kan kan ? Kalau nak tahu sedap ke tak kena lah makan dulu, hee :) Tapi kan, yang sedih nya, habis lah rutin diet saya ! I'm not supposed to eat this thing, but then , aarrgghh ! The past is past, dont think about it, hahaa. Kalau sesiapa yang belum rasa burger bakar ni, you should try ! *promote*

Oh, why you stress amal ? why why why ? Okey, harini saya nak ceritakan kenapa saya stress. Actually dah lama dah saya pendamkan rasa stress saya ni , tapi hari ni rasa nak explode dah ! Hendak dijadikan cerita, saya mempunyai seorang roommate berbangsa Punjabi. Nama dia tak perlu lah dinyatakan di sini. Taoi yang pastinya, trademark dia adalah pakai earfon 24/7 sebab dia nak bergayut dengan buah hati. Well, DIGI BUDDIES user lah katakan. Itu tak kisah sangat lah kan, lantak dia lah nak bergayut ke nak memanjat ke, tapi masalahnya sekarang, volume dia sangat tinggi ! Kalau boleh cakap tu macam nak menjerit ! Seriously saya cakap eh, kalau korang cakap dengan dia mesti korang rasa macam kena tengking. Hmm, ye lah, positive thinking. Maybe memang dengan family pun semua cakap menjerit-jerit agaknya. One more, alarm dia. Arghhhhhh !! Memang saya pernah tanya dia lah kan, "volume alarm awak memang awak turn to maximum ke?" Then dia cakap "Yes, sebab saya ni jenis suah nak bangun pagi". Okey lah, takkan nak marah dia pulak kan. Tapi korang bayangkan lah, alarm dia bukannya bunyi ayam berkokok ke, lagu Jingle Bells ke, tapi lagu Hindi ! Lagu Hindi yang jenis membingitkan telinga tu ! Aduhhh !

Sampai satu tahap tu kan, telinga saya ni dah lali dah dengar bunyi alarm dia yang 'hit' gila tuu. Bila dia balik kampung kan, saya rasa macam heaven sangat duduk dalam bilik saya ni. Sejuk pun sejuk, aman, tenang je rasa. Bukan saya tak pernah tegur dia, saya dah banyak kali tegur dia tapi tu lah, habit dia tu susah sangat nak buang. Senang cerita memang dia seorang yang sangat ANNOYING ! Satu lagi habit buruk dia yang buat saya stress sangat tu, dia suka bukak movie/lagu kuat-kuat dekat laptop dia. Oh men ! Seriously, dia tak hirau langsung kalau saya or kawan saya yang lain nak study ke apa ke, dia buat donno je sambil buat muka slumber dia tu. Saya rasa saya lah manusia yang paling sabar dalam dunia ni sebab saya masih boleh 'bertahan' duduk satu bilik dengan si Punjab ni -_- 

Pernah satu hari , warden ada tanya dia nak tak pindah ke rumah lain and yang paling penting stay satu rumah dengan kaum sebangsa dia. Dia tak nak langsung ! Dia nak jugak stay dengan saya and Meyra. I dont know what to say. *telan air liur* 

Saya hanya mampu berharap agar dia cepat-cepat keluar daripada bilik saya ni. Tapi rasanya memang kena tunggu sampai dia habis Dip lah. HUUU, nasib badan ~ Bersabar lah wahai hati ~ *_*

Wallahualam :)

Tuesday 1 January 2013

Don't Be Too Cruel Guys !

Assalamualaikum wbt :)

Happy New Year everyone ! Today's date is 1st January 2013 and may this new year will be a 'better' year than before :) Azam saya tahun ini ? Hmm, okey i'll tel you. Firstly, I want to improve myself whether as a daughter, or a lover, or as a good friend and also as a student. Secondly, I hope that I can maintain my pointer till my final semester. Well, I got a pretty high in my pointer previously ;) Thirdly, I want to fit my body. Yes ! I really mean it ! Go Go Amal ! Hehee. *Bagi semangat kat diri sendiri. Okey next, saya akan memperbaiki hubungan saya bersama jejaka di hati, Muhammad Faris bin Zulkefely, build a positive relationships with him, rather than just flirting around with him. Euuwww ~ (but sometimes , errr, nothing! hehe) The most important thing here, I will try to be a very good servant to Allah SWT and decorate myself with beautiful AKHLAQ :)

Berbalik kepada tajuk post saya di atas, saya ingin menceritakan tentang kisah seorang gadis yang sering sahaja dilukai oleh sang jejaka. Dia bukan lah seorang gadis biasa yang tidak mempunyai apa-apa daya tarikan ataupun mempunyai rupa paras yg huduh. Tidak ! Dia merupakan seorang gadis yang mempunyai paras rupa yang menawan dan sering sahaja membuatkan sang jejaka yang memandang dan menoleh akan cair. Setiap yang memandangnya pasti akan menoleh buat kali kedua. Namun, di sebalik kecantikan paras rupanya, tersembunyi kesedihan dan kelukaan hati yang tidak sesiapapun tahu. Di dalam hatinya, dia memendam perasaan sedih dan terluka dek perbuatan setiap lelaki yang pernah hadir dan mengetuk pintu hatinya. Yes, memang semua lelaki memasang angan-angan untuk memiliki pasangan seperti dia yang sangat cantik dan jelita, tetapi adakah mereka mampu menerima setiap kekurangan dia? Adakah mereka sanggup menjaga hati dia yang sentiasa ingin dibelai dan dimanjai dan juga dihargai. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan setiap hamba Allah pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan. 

Gadis ini sudah banyak kali terluka oleh lelaki2 yang hanya mahukan dia kerana rupa parasnya sahaja, bukanlah menerima diri dia seadanya. Pelik, sepatutnya gadis cantik seperti dia patut mempunyai kehidupan yang bahagia. Tetapi tidak bagi gadis ini. Sudah beberapa kali dirinya dikecewakan sehingga sampai satu tahap, hatinya sudah menjadi keras seperti batu. Dia sudah tidak percaya kepada mana-mana lelaki pun. Pada tanggapannya, setiap lelaki yang cuba hadir dalam hidupnya pasti akan mengecewakan dirinya pada suatu hari nanti. Bukan dia tidak mencuba, tetapi sudah pelbagai lelaki yang cuba untuk mengisi hatinya, tetapi tiada seorang pun yang setia untuk berada di sisi nya sewaktu saat susah dan senang. Tiada siapa yang mampu bersabar dengan karenahnya. Susah sangat ke nak cari seorang lelaki yang betul-betul terima diri dia seadanya dan mencintai dia dengan setulus hati? Rupa paras sepatutnya tidak harus dijadikan ukuran kerana rupa paras akan pudar ditelan zaman. Namun, hati yang ikhlas akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. 

Come on guys, don't be too cruel ! You guys suka dapat perempuan cantik, bangga tunjuk kat member2 "Wei, ni lah awek aku! Cun kan?" Selepas dua-tiga bulan ? Tak peduli dah hati dan perasaan awek korang yang korang bangga kan sangat tu. Korang kena ingat, perempuan ni bukannya terima korang semata-mata untuk menjadi bahan tontonan member-member korang, perempuan ni dia nak sentiasa dihargai, disayangi, and yang paling penting, bertolak-ansur. Susah sangat ke? Kalau korang rasa susah, itu buktinya yang korang ni belum lagi matang untuk membina sebuah perhubungan yang serius. Senang kata, korang ni tak terfikir pun lagi soal kahwin, cakap kat mulut bukan main lagi, tapi ? Nak handle perempuan merajuk pun punya payah ! Bila awek merajuk, terus kata yang perempuan ni manja sangat lah, mengada lah. Macam ni ke nak jadi suami mithali? Kalau korang rasa tak ready lagi untuk bagi komitmen kat awek korang, saya nasihat kan baik tak payah nak cinta teruk2 sangat. Cukup lah jadi teman tapi mesra. Bila sampai satu tahap nanti korang akan bersedia untuk beri komitmen sepenuhnya terhadap perempuan yang korang sayang dan korang suka :)

Note for guys out there, stop hurting your partner's feelings. Try to find a solution for any problems among you and your girl. Be a matured thinker ! Don't act like a child and try to be a BETTER MEN ! :)

Wallahualam :)