Thursday 17 January 2013

Bawang Merah Bawang Putih

Assalamualaikum wbt :)

Selamat petang semua ! Saya baru sahaja terjaga dari tidur lepas tu terus makan nasi kerabu yang saya beli kat kolej tadi, lapar lah, hehee. Harini saya nak ceritakan tentang pengalaman saya berlakon dalam drama muzikal tadi. Drama kami harus lah berdasarkan kisah-kisah Melayu Klasik dan team saya telah bersepakat untuk memilih kisah Bawang Merah Bawang Putih untuk dipersembahkan di hadapan pelajar-pelajar dan lecturer yang lain. Drama muzikal ini merupakan salah satu assessment bagi subjek Bahasa Melayu Pra-Sekolah and it carries 10 marks :)

Setelah berbincang, saya telah dipilih untuk menjadi Bawang Merah yang sangat jahat dan sering sahaja membuli Mak Labu dan Bawang Merah iaitu adik tirinya. Kisah ini menceritakan tentang Mak Labu bersama anaknya Bawang Putih dan Mak Kundur bersama anaknya Bawang Merah. Mak Kundur dan Mak Labu bermadu dan setelah Pak Ali (suami Labu dan Kundur) meninggal dunia, kehidupan Mak Labu dan Bawang Putih tidak lagi bahagia kerana mereka sering diarah seperti hamba oleh Maku Kundur dan Bawang Merah. Bawang Putih mempunyai rupa paras yang jelita dan suara yang merdu berbanding Bawang Merah. Oleh itu, Bawang Merah seringkali cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh Bawang Putih dan disebabkan itu jugalah Bawang Merah sentiasa bertindak kejam terhadap Putih. 

Klimaks bagi kisah ini adalah apabila Mak Kundur telah membunuh Mak Labu yang sedang mambasuh baju di tepi sungai dengan menolak Labu hingga jatuh ke dalam sungai dan mati kelemasan. Setelah Mak Labu terjatuh ke dalam sungai, dia telah bertukar menjadi ikan kaloi. Putih yang berasa sunyi dan rindu akan emaknya sering mengunjungi sungai tersebut untuk memanggil si ikan kaloi dan memberinya makan. Setelah perkara ini dihidu oleh Bawang Merah, dia terus mengadu kepada Mak Kundur dan mereka merancang untuk menangkap ikan tersebut dan menggoreng ikan tersebut untuk diberi kepada Putih tanpa pengetahuan si Putih. 

Okey saya dah malas nak type untuk sambung kisah ini sebab saya yakin lah korang semua mesti dah familiar dengan cerita ni kan. And ALHAMDULILLAH, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada sedikitpun kecacatan. Sambutan daripad audience pun tidak kurang hebatnya kerana mereka enjoy dengan persembahan kitorang. Saya bersama rakan saya yang lain ada selitkan unsur humor untuk membuatkan audience seronok di samping terapkan unsur2 antagonus dan scene 'sedih' yang menjadi sehingga lecturer pun mengalirkan air mata !

Antara perkara lain yang menyebabkan kami dapat full marks ni adalah kerana sound effect kami yang cukup menjadi. Sepanjang lakonan kami menggunakan sound effect yang berlatar belakangkan suasana di kampung sama seperti yang kita sering dengar semasa menonton cerita-cerita Melayu klasik lah ;) Lepastu kalau ada part saspens ke terkejut ke, kami guna sound effect lightening and thunderstorm ! Untuk wujudkan suasana malam, kami guna sound effect bunyi cengkerik. Semua sound effect ni kami download je dari internet, sangat senang ;) Okey, sampai sini sajalah tinta saya pada kali ni. Cewahh, sekarang ni saya dah pandai cakap Melayu klasik tau :P Nak tengok gambar2 tadi? Boleh, takde masalah, tapi ada sikit je lah sebab yang lain ada dalam kamera kawan ;) Wallahualam.

Bawang Merah with Sultan

Bawang Putih vs Bawang Merah

Fake mole yang sangat besar ^^,

My team with Miss Wani our lecturer 

No comments:

Post a Comment