Tuesday 15 January 2013

An Exhausting Week !

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini hari Rabu bersamaan dengan 16th January 2012. Ada birthday siapa-siapa tak hari ni? Saya ucapkan Happy Birthday, May Allah bless you with your beloved one okey  ;) Hari jadi saya nanti jangan lupa wish tau, 25th July nanti, hehee. 

Oh yaa, why do I sad that this week is an exhausting week for me? Hmm. Yeah, it was ! Sangat-sangat memenatkan, dan saya hampir-hampir terjunam ke dalam emosi yang tidak begitu stabil akibat tekanan kerja yang agak memenatkan bagi saya. Nasib baiklah saya masih mampu mengawal diri. Ni baru jadi student in Diploma Early Childhood Education, belum degree + master lagi kan, waaaaaa :D Kuat amal kuat kuat !

Dua tugasan yang agak mencabar bagi saya adalah, saya perlu membuat DUA DRAMA MUZIKAL ! Satu dalam Bahasa Melayu, and another one in English. Hmm. Saya tak kisah kalau nak kena berlakon tu, sebab saya memang suka teater ni. Masalah nya sekarang adalah persediaan dan props. Semalam, satu kumpulan yang bagi saya agak hebat telah mempersembahkan Cerita Melayu Klasik iaitu Si Tanggang. Esok, giliran kumpulan saya pula mempersembahkan cerita Bawang merah dan Bawang Putih dan saya akan melakonkan watak sebagai Bawang Merah yang jahat dan annoying dan suka membuli Bawang Putih. Tentang kumpulan yang saya katakan tadi, mereka dapat full marks 10/10 ! My god !! and yeah, THEY DESERVE IT :)

Perkara ini memberikan tamparan besar buat saya sebagai ketua kumpulan untuk memastikan ahli kumpulan saya yang lain memberikan satu persembahan yang mampu membuatkan audience dan lecturer saya kagum. Semalam, semalaman saya dan rakan saya menyiapkan props yang akan digunakan dalam drama muzikal nanti seperti backdrobe, lembing, buaian, pokok2 di hutan, dan pelbagai lagi lah. Memang penat sangat semalam, saya habis kelas pukul 6.40 petang, sampai rumah terus mandi dan solat, kemuadia rakan2 yang lain bertandang ke rumah saya untuk sama-sama menyiapkan props kami. 

And today, we will going to rehearse our musical drama. Kami akan berlatih dan terus berlatih sehingga semuanya nampak sempurna dan lancar. Latihan akan bermula pada pukul 2 petang nanti sebab ahli kumpulan saya yang lain masih ada kelas. So, here i am typing this post to share with you guys. Sebenarnya, instead of preparing for this musical drama, I have lots of other written assignment that I should finish by the end of this mid-term break. Maybe I was thinking too much about my work and that is why I felt so tired and exhausted. Buat rakan-rakan yang membaca blog saya ini, saya harap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya untuk musical drama esok. ESOK ADALAH HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU! Bawang Merah akan beraksi secara kejam terhadap Bawang Putih dan Mak Labu! hahahaha. Okey, menjiwai watak sekejap. 

Okey lah, sampai di sini sahaja coretan saya. Di bawah ni saya saje lah kan nak letak gambar2 saya bersama adik kesayangan saya (adik angkat) sebab sekarang ni saya tengah rindukan dia. Nama dia Ajwad :) Wallahualam. 




No comments:

Post a Comment