Wednesday 5 October 2016

Dugaan Dalam Pertunangan

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni aku hanya mendengar dan membaca tentang betapa banyak nya dugaan yang perlu ditempuhi oleh semua pasangan yang sudah bertunang sebelum mereka melangkah ke alam rumahtangga. Bila aku baca dan dengar tentang semua dugaan tersebut, aku hanya mendiakan dri dan jauh di dalam sudut hati aku, aku tidak rasa semua itu akan berlaku kepada diri aku dan tunang aku sebab aku percaya selagi masing2 ada kefahaman yang utuh dan saling bertolak-ansur, insyaallah semuanya akan baik2 sahaja.

Kami bertunang pada tanggal 25 JULAI 2015. Sudah setahun lebih berlalu dan insyaallah tarikh untuk pernikahan kami akan berlangsung pada JULAI 2017. Sepanjang setahun berada di alam pertunangan ini Alhamdulillah kami berjaya menghadapi segala dugaan kecil mahu pun besar. Tunang aku sekarang begitu sibuk bekerja demi mengumpul duit untuk masa hadapan kami berdua dan aku pula baru sahaja tamat pengajian dan secara rasminya aku bergelar 'graduan segar'.

Walaubagaimanapun, dugaan yang ingin dielak oleh setiap pasangan  bertunang tetap akan terjadi. Bermula dengan dugaan dala kewangan, datang pula dugaan untuk menguji kesefahaman antara kami, dan dugaan kesabaran yang diuji begitu hebat sekali. Apart of all these troubles, aku masih bersyukur pada Allah kerana hubungan cinta kami masih utuh tanpa diganggu oleh orang ketiga. Alhamdulillah, aku rasa kalau dugaan tentang orang ketiga terjadi pada aku, aku tidak mampu untuk menghadapinya. Hati aku sangat lah rapuh. Tersangat lah lembut sehingga aku tidak akan dapat menerima kehadiran orang ketiga. Syukur pada mu ya Allah kerana masih melindungi hubungan yang terjalin ini.

Pada waktu dan detik aku menulis ruangan ini, kami sedang diduga dengan dugaan kesefahaman. Sudah beberapa hari aku dan tunang aku tidak bersefahaman dan sudah beberapa hari juga tunang aku mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada aku. Aku tahu dia sedang merajuk, tapi di waktu ini juga aku mengalami kesukaran untuk melupakan 'sesuatu kejadian' yang baru sahaja terjadi pada aku. Bagi aku kejadian tersebut mengambil masa untuk aku move on dan aku amat memerlukan kehadiran satu2 nya lelaki yang paling aku percaya selain ayah dan abang aku iaitu tunang ku. Aku tahu Allah tidak akan menguji hamba Nya jika kita tidak kuat untuk menghadapinya. Tapi untuk kali ini, ujian ini terasa begitu berat. Aku semakin lemah tanpa kehadiran tunang aku untuk menyokong aku. Macam mana aku nak pujuk dia sedangkan diri aku terkontang kanting di sini?

Buat sayang ku Mohd Syafiq Firdaus, percaya lah kalau aku mampu untuk tunjukkan betapa aku mengambil berat tentang diri kamu, kamu tidak perlu menjauhkan diri dari aku seperti ini. I need you at this time and lets face all these hardships together.. Dont leave me alone :')