Tuesday 4 November 2014

Permainan Sang Lelaki

Assalamualaikum wbt :)

Yeah! Mood menulis aku kini kembali! Setelah berbulan bulan lamanya aku tidak membuka blog aku yang comel ni, harini entah kenapa hati aku terbukak untuk sign in blog ni. Hehee. Okay lah kawan-kawan, harini aku ada sebuah kisah yang sudah lama terangka dalam kepala ni. Cuma belum diluahkan secara lahiriah nya ke dalam bentuk tulisan. Entah kenapa aku selalu je terbayang sebuah kisah di antara seorang gadis dan dua orang teruna ini. Mungkin aku terlalu banyak baca novel yang melambak-lambak dalam rumah aku ni (semuanya milik umi aku) ataupun? Ini adalah sebuah kisah realiti. Who knows? 

Permainan Sang Lelaki

Farah (bukan nama sebenar of course) sering termenung semenjak dua menjak ni. Makan pun asyik tak lalu, kalau ada pun, hanya sedikit sahaja yang dicuitnya. Sampai naik runsing si ibu yang setia memerhati telatah anak bongsunya yang cantik molek lagi manis dan rupawan. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, sempat lagi ibunya bermonolog. 

 "Farah, kau kenapa ni nak. Mak tengok asyik termenung sana, termenung sini. Tak baik tau anak dara asyik termenung ja. Kalah masak nasi atas api tu, boleh hangit tengik nasi tu" ibunya cuba membuat lawak jenaka yang ibunya sendiri akui sedikit hambar.

 "Hmmm. ." Itu sahaja lah yang keluar daripada mulut manis Farah. Seperti biasa ibunya sudah tidak kuasa melayan karenah si Farah yang makin menjadi tabiat murung nya. 

Farah merupakan anak bongsu kepada pasangan yang sudah berumur iaitu Encik Hafizan serta isteri nya Puan Aini. Farah mempunyai seorang kakak dan seorang abang yang sentiasa sibuk dengan urusan belajar. Mereka jarang sekali dapat pulang ke kampung halaman. Abang nya Amirul kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat master di Universiti Teknologi Petronas manakala kakak nya Fatin berada di Universiti Malaya dan sedang meneruskan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang geologi. Farah pula hanya melanjutkan pelajarannya di salah sebuah kolej swasta yang tidak begitu dikenali dan kini sedang giat menghabiskan diploma dalam bidang perakaunan. Farah sahaja lah yang rajin pulang ke kampung halaman ibu bapanya yang terletak di belah utara. Ibu dan bapanya pula hanya bekerja persendirian tanpa mengharapkan gaji daripada 'orang tinggi' yang lain. 

Hati kecil Farah sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenalinya setahun yang lalu semasa sesi pendaftaran di kolej. Saat itu Farah tidak terfikir pun yang lelaki itu sedang menaruh hati kepadanya. Bagi Farah, dia hanya lah gadis kampung biasa yang tidak mempunyai rupa paras yang menarik serta tubuh badan yang menggiurkan untuk menarik perhatian lelaki apatah pula mempunyai 'crush'. Memikirkan hal itu, Farah dengan senang hati menyambut cinta lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Danny. Kini Farah dan Danny sudah berkawan genap satu tahun. Farah akui Danny seorang lelaki yang sangat baik dan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diri nya yang agak lurus itu. Bah kan Danny sentiasa menasihati Farah supaya tidak terlalu mudah percaya kata orang lain lebih-lebih lagi lelaki-lelaki yang berselerakan di sekitar kolej tersebut. 'Habis, Danny pun lelaki jugak kan?'

Bah kan, Danny juga lah yang menjadi pendorong kepada Farah untuk mendapat keputusan yang cemerlang di kolej tersebut. Semester demi semester, keputusan Farah semakin meningkat dengan cemerlang. Farah berasa sungguh bertuah kerana mempunyai teman lelaki yang bijak seperti Danny. Ramai juga gadis lain yang sering iri hati melihat ketelusan cinta Danny terhadap Farah. Walaupun Danny merupakan seorang pelajar yang kacak, bergaya, dan juga anak hartawan, Danny tidak kekok sepanjang bersama Farah. Danny sangat selesa berdampingan dengan Farah yang pada mata kasar pelajar-pelajar lain, hanya lah gadis kampung biasa yang datang dari Utara. 

"Kau ni Farah, nak kata kau putus cinta, si Danny tu mak tengok hari-hari telefon kau tanya khabar. Tak boleh berpisah lama sikit, asyik risau je kat kau. Sampai mak pun budak tu call" ibu Farah tak habis-habis berleter melihat tabiat Farah yang asyik termenung ke luar tingkap. 

"Mak, mak tak faham apa Farah rasa. Mak boleh tak jangan berleter, penat lah Farah dengar. Farah tak ganggu Mak pun. Farah duduk diam-diam je kat sini haa"

"Memang lah aku tak faham dah kau tu taknak cerita kat Mak. Bila Mak tanya kau diam, bila Mak berleter kau marah. Apa masalah kau ni Farah. Ni, bapak kau takde kat rumah. Ada kita berdua je. Siapa lagi kau nak luah kalau bukan dekat Mak?" ibu Farah cuba memancing dengan memberikan ayat-ayat yang kononnya sedih. 

Tiba-tiba Farah menangis, dan sambil menangis dia berkata, "Shah Mak..."

"Lah, Shah mana pulak ni Farah oii?"

*5 tahun yang lalu*

Farah berasa sungguh teruja untuk berpindah ke sekolah baru setelah bapanya memberitahu bahawa mereka sekeluarga akan berpindah. Dalam masa yang sama, Farah agak gementar memikirkan bagaimana agaknya suasana di sekolah baru, kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru, kelas baru, semua baru lah. Ketika itu Farah baru sahaja naik ke Tingkatan 4 setelah selesai menduduki peperiksaan PMR di sekolah lamanya di Pulau Pinang. Walaupun rasa berat hati untuk meninggalkan kawan-kawan lamanya di Pulau Pinang, Farah sudah bertekad untuk memulakan hidup baru di sekolah barunya nanti. Lagi pun, ini merupakan kali pertama Farah akan bersekolah di sekolah yang mempunyai pelajar lelaki dan pelajar perepmuan campur. Sebelum ini, Farah hanya bersekolah di sekolah perempuan sahaja. 'Bagaimana lah agaknya belajar satu kelas dengan lelaki ek?'

Pada hari pertama Farah menjejakkan kaki di sekolah barunya, Farah berasa sungguh segan melihat begitu ramai lelaki di sekelilingnya. Farah telah memilih untuk berada di kelas Agama atas nasihat bapanya yang mahu Farah belajar Bahasa Arab Tinggi. Farah tidak kekok untuk belajar Bahasa Arab memandangkan sekolah lamanya sebelum ini merupakan SMKA. Pada hari pertama Farah sudah berkenalan dengan rakan-rakan sekelasnya dan Farah berasa lebih bersemangat untuk belajar dan menumpukan perhatiannya kepada peperiksaan SPM yang akan dihadapinya pada tahun hadapan. 

Di satu petang yang hening dan mendamaikan, Farah sedang bermalas-malasan di atas katilnya sambil ditemani oleh komputer riba yang telah dihadiahkan oleh bapanya sempena mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan PMR yang lalu. Ketika itu Farah sedang berbalas-balas komen dengan rakan dari sekolah lamanya di sebuah laman sosial yang dikenali sebagai 'Myspace'. Tiba-tiba Farah menerima satu 'friend request' daripada sebuah profil di atas nama Shah Ikhwan. Setelah membelek-belek profil lelaki tersebut Farah menekan butang 'accept'. Kurang daripada satu minit, lelaki yang bernama Shah Ikhwan itu terus menghantar pesanan di dalam peti masuk Farah. 

 "Hye Farah. Assalamualaikum! Thanx cz sudi accept kita."

................

"Waalaikumsalam, oh takde masalah, you're welcome Shah Ikhwan ;)"
"Farah ni student yang baru masuk 2 minggu lepas kan? Budak kelas 4 Agama?"
"Eh, Shah satu sekolah dengan Farah ke? Lah, Shah dari kelas mana? A'ah kelas 4 Agama,,"
"Hee.. Shah kelas 4 Akaun lah.. Shah selalu nampak Farah masa Farah turun tangga kat block Farah tu. Sebab kelas Shah betul-betul menghadap tangga tu. Farah dengan beg pink Farah tu, selalu malu-malu bila ada ramai lelaki lalu kat tepi dia kan, haha"

'Eii macam mana dia boleh tahu aku ni pemalu? Nampak sangat kau selalu perhati aku..'

Tanpa disedari, sudah masuk waktu maghrib dan azan sedang berkumandang sayup-sayup kedengaran. Farah berasa sungguh seronok setelah mendapat lagi satu kawan baru iaitu Shah Ikhwan. 

'Tak pernah aku komen-komen dengan orang kat Myspace ni sampai berjam-jam. Shah punya pasal lah ni sampai aku terleka depan laptop. Esok aku nak curi-curi tengok lah mana satu si Shah ni.'

Keesokkan harinya, sewaktu pelajar-pelajar sedang berpusu-pusu menuruni anak tangga setelah waktu persekolahan tamat, Farah mengambil keputusan untuk tunggu sehingga semua pelajar lain pulang. Bukan apa, Farah malas hendak berebut-rebut turun tangga yang agak sempit itu dan berlaga-laga bahu dengan pelajar lain terutamanya pelajar lelaki yang suka mengambil kesempatan. Setelah keadaan agak reda, Farah menggalas beg pink nya sambil memeluk kemas buku-buku nota yang agak tebal di dadanya sambil menuruni anak tangga perlahan-lahan. Farah lebih suka berjalan seorang diri kerana dia berpendapat jalan seorang diri lebih mudah dan cepat, tak perlu menunggu dan tak perlu biar orang lain yang menunggu. 

"Farah! Ooo Farah!"
'Eh, macam ada orang panggil?'
"Psstt, Farah! Sini lah,"
Farah mengintai di bawah anak tanggaa yang baru sahaja dituruninya. 'Eh, ada orang kat bawah ni?'

Kelihatan Shah kelam kabut keluar dari bawah anak tangga tersebut dan mengibas-ngibas baju putihnya yang berhabuk debu. Farah lantas berasa sungguh malu sehingga wajahnya bertukar kemerah-merahan setelah melihat Shah di hadapan matanya. 

"Errr Shah buat apa kat bawah tu? Kan kotor bawah tu," Farah cuba memulakan dialog untuk mengatasi perasaan malunya. 

 "Shah tunggu Farah lah, ingat nak surprise kan Farah dari bawah ni, tapi tunggu Farah tak turun-turun pun, buat apa lama-lama kat atas tu?"

Farah tergelak melihat kecomelan Shah yang seperti kebudak-budakan. Mereka pun berjalan beriringan sambil meneruskan perbualan yang seolah-olah tak pernah berpenghujung.

Pejam celik pejam celik, Farah dan Shah sudah pun menamatkan peperiksaan SPM dan secara rasminya telah menamatkan persekolahan. Sepanjang 2 tahun Farah mengenali Shah, Farah telah menaruh hati dan perasaan terhadap Shah yang dalam fikirannya mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya. Shah selalu cakap bahawa dia amat menyayangi Farah dan tak mahu berkenalan dengan gadis lain selain Farah. Shah juga selalu cakap kepada Farah bahawa Farah lah gadis pertama yang sudah menawan hatinya. Bahkan, seluruh seisi sekolah sudah tahu tentang hubungan rapat di antara Shah dan Farah. Mereka digelar 'sweet couple' oleh segelintir pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Ternyata Farah begitu bahagia apabila Shah sentiasa berada di sampingnya sewaktu susah dan senang. Oh, tarikh hari jadi Farah juga kebetulan jatuh pada hari yang sama Shah dilahirkan! Mungkin disebabkan itu hubungan mereka amat serasi apabila bersama. 

Entah di mana silapnya, setelah tamat peperiksaan SPM, hubungan mereka menjadi semakin renggang. Shah lebih banyak menghabiskan masa terluangnya bersama rakan-rakan lelakinya yang lain manakala Farah hanya setia menunggu pelawaan Shah untuk keluar bersama memandangkan ibu Farah tidak membenarkan untuk Farah bekerja sementara menanti keputusan keluar. Tetapi, setiap kali Farah mengajak Shah keluar, ada sahaja alasan Shah untuk mengelak. Dengan keadaan seperti ini, Farah seringkali berasa sedih dan kecil hati dengan sikap Shah yang semakin lama semakin menjauhkan diri daripadanya. Apa salah Farah? Mungkin Farah terlalu mendesak Shah. Terlalu memaksa Shah sehingga Shah menjadi rimas. 


 Hari demi hari berlalu, minggu demi minggu berlalu, Shah tidak lagi menghubungi Farah seperti kebiasaan. Shah tidak lagi membalas mesej-mesej Farah. Shah tidak lagi menjawab panggilan Farah. Farah amat berkecil hati dengan sikap Shah yang sdah jauh berubah. Walaubagaimanapun, Farah masih berpegang kepada janji Shah, "Shah tak akan tinggalkan Farah, sampai bila-bila. Walau apa pun jadi Farah sentiasa dalam hati Shah"

Dasar lelaki penipu! Sungguh senang menabur janji tapi tak pernah ditepati! Hati Farah remuk dan berkecai seperti sebuah tin yang telah digilis oleh sebuah trak lori seberat 10 tan kemudian dilenyek pula oleh sebuah bas kilang setelah mendapat kata putus daripada Shah. "Sampai sini je lah kita kawan. Masing-masing buat lah hal sendiri'

Masa berlalu dengan begitu pantas. Farah mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan hatinya yang telah dilukai. Sampai Farah telah melakukan apa yang tidak patut dilakukan. Farah telah mempermainkan hati lelaki lain semata-matat untuk mebalas dendam terhadap kekejaman yang telah Shah lakukan kepadanya. Sungguh pun begitu, jauh dari sudut hati Farah, dia tidak akan pernah dapat lupakan seorang lelaki yang bernama Shah tersebut kerana baginya Shah adalah lelaki pertama yang rapat dengan dirinya serta begitu memahami kehendak nya yang kadang kala tidak dapat difahami oleh ibu bapanya sendiri. Shah juga telah meninggalkan 1001 memori indah sepanjang 3 tahun berkawan dan mengenal hati budi masing-masing. Ramai yang menganggap bahawa mereka hanyalah sebuah kisah cinta monyet yang rata-ratanya semua pelajar sekolah akan alami. Farah dengan tegasnya menidakkan kenyataan tersebut kerana bagiya Shah merupakan seorang lelaki yang sangat istimewa dan telah berjaya mencuri hatinya yang sebelum ini tertutup kemas untuk lelaki-lelaki lain. 

Setelah befikir panjang, Farah mengambil keputusan untuk mengambil diploma dalam bidang perakaunan di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Ketika menerima tawaran tersebut, terdetik di hati Farah untuk bertanya bagaimanakah agaknya keputusan yang Shah dapat? Dimanakah Shah akan menyambung pengajiannya? Dengan hati yang kebal, Farah memulakan perbualan melalui sistem pesanan ringkas setelah agak lama dia tidak berhubung dengan Shah. Nombor lamanya jugak sudah ditukar sewaktu kecewa dengan Shah dahulu namun nombor telefon bimbit Shah tidak pernah luput dalam ingatan. 

"Assalamualaikum Shah. Ingat lagi tak kat Farah? Shah sihat? Sorry for disturbing, just nak tanya how's your result? So lepas ni apa plan Shah?" Farah menekan butang 'send'.

Satu jam berlalu, masih belum ada apa-apa balasan daripada si penerima. Farah hanya tersenyum dalam kesedihan. 'Takkan mesej aku pun langsung taknak balas dah,,"

Malam tersebut, ketika Farah hampir mahu melelapkan mata, telefon bimbitnya berdering. Dengan pantas Farah mengambil dan melihat nombor yang tertera ada skrin telefon. "Shah!" Farah terjerit kegembiraan seperti baru sahaja mendapat wang sebanyak 10 juta US Dollar. 
Dengan lafaz bismillah, Farah menekan butang 'answer' dan bercakap dengan si pemanggil. 
...............

"Okay bye Shah, Assalamualaikum!" Farah menamatkan panggilan dengan senyumabn yang tidak lekang berpaut di bibir. Ternyata Farah sudah lama tidak berasa seronok seperti malam ini. Panggilan daripada Shah membuatkan Farah lupa kepada semua perkara-perkara yang pernah membuatkan dia menderita sebelum ini. Seolah-olah Farah menerima nafas baru daripada seorang lelaki yang bernama Shah. Begitu mudah Farah memaafkan Shah yang telah pernah melukakan hati kecilnya suatu ketika dahulu. Bagi Farah, pada masa tersebut Shah belum 'matang' dalam membuat keputusan.

Hari demi hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, Farah semakin kerap berhubung melalui SMS, whatsapp dan Shah juga acap kali menghubungi Farah setiap malam membuatkan hati Farah lebih kukuh mengatakan bahawa Shah masih lagi menaruh perasaan kepada dirinya. Nampaknya cinta lama telah mekar kembali. Farah sungguh bahagia.

Pada satu hari yang tidak pernah dijangkakan oleh Farah, dia telah terjumpa dengan seorang kawan lamanya sewaktu di sekolah menengah dahulu yang dikenalinya sebagai Dira di sebuah pusat membeli belah di ibu kota. Dira merupakan rakan sekelas Shah sewaktu di zaman persekolahan dahulu. Dira mempelawa Farah untuk minum petang bersamanya. Almaklum lah banyak benda nak dibualkan setelah berjumpa dengan kawan lama kan. Secara tiba-tiba Dira telah membuka topik tentang zaman cinta monyet antara Farah dan Syah yang menjadi perbualan hangat kebanyakan pelajar di sekolah dulu.

"Aku tak boleh lupa lah masa kau couple dengan Shah tu dulu. Korang famous kot, satu sekolah kenal korang!"
Aku hanya sambut kenyataan Dira dengan gelak tawa yang agak hambar. Namun di dalam hati ku yang masih berbunga-bunga, aku tersenyum sendiri. 'Bukannya Dira ni tahu pun aku dah get back dengan Shah, biar lah rahsia..'

"Eh sekarang ni lawa gila kan girlfriend Shah. Kau tengok tak kat FB Shah? Tak silap aku budak perempuan tu muda setahun dari dia. Tiap2 hari kot dia upload gambar dengan budak perempuan tu. Naik berbulu aku tengok. Ni haa awek dia. Cun lah jugak kan," aku menyambut android Dira yang dihulurkan dan aku hanya merenung gambar mesra di antara Shah bersama seorang perempuan cantik yang dipanggil Mira itu.
"A'ah, cantik.. Padan lah kan dua orang ni, sama cantik sama padan,"

........................................

Dan, yeah. Shah mengaku akhirnya bahawa dia sudah berpunya dan hanya berbekalkan alasan yang kekasih nya tidak memahami dirinya seperti mana aku memahami dia, dia kembali mencari aku.
'Tapi dalam masa yang sama kau dah ada perempuan lain yang kau sayang. Kenapa kau buat aku macam ni? Aku ni siapa sebenarnya?' Enough is enough. Farah mengundurkan diri kerana kecewa dengan diri Shah yang dianggap tidak jujur kepadanya. Lagi sekali Farah terluka kerana seorang lelaki yang sudah menawan hatinya.

...........................................

" Farah, ooo Farah! Telefon kau bunyi tu. Taknak angkat ke? Karang mak angkat kang" jeritan ibunya mematikan lamunan panjang Farah. Farah mengambil telefonnya dan skrin telefonnya memaparkan nama, 'SHAH'..



'Kenapa kau nak kena ganggu hidup aku. Kenapa kau tak pergi je dekat perempuan lain yang lebih perlukan perhatian kau. Dan apa yang buat aku paling sakit hati, kenapa aku tak dapat lupakan kau walau berapa kali pun kau sakit kan hati aku? Permainan apa yang sedang kau main sekarang ni Shah.'