Saturday 16 February 2013

I'm Up I'm Up !

Assalamualaikum wbt :)

Uish rasanya nak dekat sebulan dah saya tak update blog saya ni kan. Rindu sangat2 nak tulis blog tapi apakan daya, kesibukan saya sebagai seorang student yang sentiasa dilimpahi dengan assignment yang melambak-lambak membataskan saya untuk meng'update' blog saya ni :) Well hello fellas ! How are you? Fine? Good? Not really? Oh men, what happen? No matter what, just keep smiling okey because you have to know that you have such a very pretty and lovely smile ;)

Sebenarnya saya baru sahaja melalui hari-hari yang sangat sangat lah menyerabutkan. Okey lah tak nak lah guna term 'menyerabutkan', it is more to 'complicated day' lah senang cerita kan. Saya bukanlah dibebani dengan timbunan assignment sampai buat saya serabut ni, tapi lebih kepada masalah peribadi :) Well, sem ni saya tak ada lah penat sangat dengan kerja2 assignment macam sem2 sebelum ni, sem ni saya rasa saya banyak rilex je. Untung lah kan :) Tapi, lain pula jadinya. Saya rasa agak tertekan memikirkan masalah peribadi saya yang sepatutnya tidak boleh dinyatakan kat sini lah kan, its privacy okey ;)

Apa yang saya boleh nyatakan dekat sini, saya dah mula merangkak perlahan-lahan untuk keluar daripada cengakaman keserabutan yang melanda bak taufan katerina ni. Dengan sekuat hati saya, saya menggunakan seluruh kudrat yang ada, saya menapak perlahan-lahan untuk menjauhkan diri daripada semua ni. Alhamdulillah, saya sudah hampir menuju ke ruang cahaya yang bakal menyinari semula hari2 saya yang agak suram sebelum ini. 'Hmm, apa lah aku merepek ni'. 

Okey then, saya rasa saya nak luahkan pendapat saya sedikit lah. Sikit je, saya janji tak banyak pun , kalau banyak karang korang mesti boring baca post saya ni kan, hehe :) Bagi saya lah kan, kepada mana-mana girl yang baru nak memulakan hubungan dengan boy ni, you have to be well prepared in term of mentality tau. Because what, when you have built a relationship with the guys, you have to know that, the guys are NOT VERY SAME with the ladies. I repeat, THE GUYS ARE NOT VERY SAME WITH THE LADIES. Hahaa, of course lah taksama kan, maksud I dekat sini, in term of heart and feeling. Sometimes, we always hoping that they will understand ourselves well. But be caution! When we are hoping, do not expect exactly like what are playing in our thought. Seriously girl, I've been experienced this. It was so so soo hurt. Ye lah, mana tak nya, kita ni mengharap sangat yg laki tu akan buat ni lah, buat tu lah, tapi last last, tak buat pun :) And and, kita kena ingat tau, kita pun as the ladies tak boleh lah nak blame 100% dekat diorang. That is why I cakap diorang tak sama dengan kita. Maybe ada segelintir guys yang hati dia lembut macam perempuan, kiranya siapa yang dapat partner mcm tu memang bertuah badan lah :)

Tipu lah kalau setiap perhubungan tu tak ada langsung salah faham kan, jadi I nak nasihat untuk para ladies di luar sana (termasuk I), kalau kita bergaduh teruk macam mana pun, try muhasabah balik diri kita. Sometimes, lelaki jadi keras hati sangat macam batu tu sebab kita jugak. Dia dah lama pendam rasa kecik hati dia, so sampai satu tahap memang dia akan explode! Macam kita ladies ni, selalunya kalau terasa pun takde lah lama sangat kan, lepas 2-3 hari hati kita dah sejuk balik kan sebab rindu kat dia punya pasal. Kadang2 benda kecik and remeh bagi kita, itulah yang dianggap paling berat bagi diorang. Lelaki ni memang jarak merajuk and bawa diri jauh2, tapi bila sekali rajuk dia dah sampai tahap DANGER, memang merana lah kita as the ladies ni. Hmm, sepatutnya kita tak mengalami benda macam ni kan, tambah2 lagi umur kita yang baru setahun jagung ni. Macam I, tahun ni I dah masuk umur 20 tahun and bakal grade for my diploma by the end of this year insyaallah. So, supposedly kena lah focus dekat aim dulu kan, masing2 ada target untuk berjaya dalam hidup. Jadi, masalah2 peribadi macam ni memang agak mengganggu sebenarnya. Kalau yang jenis kuat dan tabah tu takpe lah, tapi cuba kena dekat ladies yang jenis tak fikir panjang ni, sure diorang dah buat benda yang bukan-bukan. (mintak dijauhkan lah) 

'Hey ladies ! Sekarang cinta pakai otak, jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu. .' Haaa, pernah dengar kan lagu ni? Hey Ladies by Rossa. Okey ladies ! Be strong okey ! Stay positive and never give up if you still think that he's yours :) Semoga berjumpa lagi yaa, tataa ! Wallahualam :)


Friday 1 February 2013

2 FEBRUARI ♥

Assalamualaikum wbt :)

Selamat sejahtera semua ! Semoga korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya? Alhamdulillah, saya sihat sentiasa, makin sihat tau sebab banyak makan :P

Hari ini, 2 Februari merupakan ulangtahun kelahiran umi saya yang tersayang iaitu Datin Zuraida binti Husin. Birthday yang ke berapa? hahaaa, itu adalah CONFIDENTIAL okey :P

Sempena hari ulangtahun kelahiran my umi ni, saya nak menceritakan serba sediit tentang Puan Zuraida ni. Umi saya merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Nibong Tebal Haaaa, entah-entah ada di kalangan korang ni student umi saya kan kan? Heheee. Saya rasa, umi saya takde lah begitu garang sangat. Tapi, umi sangat menitikberatkan cara pemakaian anak-anaknya terutamanya saya ni haaa, as her first daughter ! Dulu kan, saya kurang rapat dengan umi tau, masa saya mula menginjak usia remaja (14-17 tahun). Sebab kan, saya ni dulu suka sangat memberontak! Saya paling pantang sekali kalau ada yang menegur cara saya berpakaian sebab masa tu saya ni jenis yang suka mencuba pelbagai gaya baru. Namun begitu, saya takde lah sampai mendedahkan sana-sini untuk tayangan umum. Cuma, mungkin umi saya lebih ke arah Islamic sikit so saya diarahan untuk memakai baju yang longgar2, no jeans are allowed, tudung labuh, pakai stokin, hand-sock and macam2 lagilah Almaklum lah, masa tu saya rasakan saya patut diberi peluang untuk memilih gaya sendiri, I mean what I love I will wear. (masa dulu lah) Alhamdulillah,sekarang ni saya dah semakin terbuka hati untuk mengikut gaya yang disaraankan oleh umi saya. Lagipun, ini kan untuk kebaikan saya juga Takkan lah sampai saya dah kahwin nanti saya akan berpakaian sesuka hati saya kan, orang tua tengok pun nampak tak manis Tak semestinya dengan menutup aurat, kita tak boleh bergaya. Itu yang saya belajar melalui umi saya. Umi pun banyak memberikan support kat saya tau. Umi belikan jubah dengan new trend, baju kurung yang cantik2, and so was the other clothes yang menutup aurat lah ;)


see ? tak semestinya dengan menutup aurat kita tak boleh bergaya :)  sorry lah model nya ta k cantik :P


Saya semakin selesa dengan gaya saya sekarang, lagipun boboy saya banyak memberikan panduan dan nasihat untuk saya. Boboy pun merupakan salah satu 'tenaga pengajar' yang banyak membantu saya untuk berpakaian sopan dan menutup aurat. Ciri-ciri suami yang soleh kan? Heheee (perasan sudah). 

Begitu lah serba sedikit kisah tentang umi saya sempena hari istimewa beliau pada hari ini. Buat umi tersayang, tiada sesiapa yang dapat gantikan tempat umi dalam mendidik dan mengasuh amal sejak amal kecil hingga lah dah besar panjang macam ni. Umi lah satu-satunya ibu yang paling penyayang dan pengorbanan umi tidaklah ternilai besarnya. Thank you umi sebab selama ni banyak bersabar dengan karenah amal yang degil ni. Trust umi, amal sayangkan umi sangat2 dan amal akan berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hingga mencapai tahap yang tertinggi. Amal nak balas jasa dan pengorbanan umi untuk amal selama ni. ILOVEEYOUU SO SOO MUCH UMI SAYANG ♥