Monday 24 December 2012

PERMINTAAN HATI ♥

Assalamualaikum wbt .

Hye, bertemu lagi kita :) Kali ini saya nak menceritakan tentang permintaan hati. Hati siapa? Hati saya lah, sudah tentu. Setiap orang mempunyai hati yang berbeza-beza. Tak semua hati yang boleh menerima gurauan kasar, tak semua hati yang boleh menerima takdir dan dugaan yang menimpa mereka, tak semua hati mampu melawan emosi yang telah mengawal diri. Hati saya macam mana ye? Hati saya , tak perlu diceritakan di sini. Cukup lah orang2 yang terdekat dan selalu di samping saya sahaja yang mengenali hati budi dan pekerti ini. Hmm, duk cerita pasal hati ini, saya tengah bersedih ke? Yes, i'm a little bit upset actually. Biasalah, ada sahaja perkara yang boleh melukakan dan mengguris hati kita. Tambahan pula hati seorang perempuan yang sangat lembut bak kapas. 

Saya mempunyai seorang insan yang sangat saya sayang selain daripada keluarga saya. Namanya tidak perlu lah disebut di sini, cukuplah anda semua tahu bahawa beliau telah mencuri hati ini sejak 1 OGOS 2011 yang lalu. Sejak saya mengenali dirinya, hati saya sudah terpaut dan saya tidak lagi berkalih kepada yang lain. Kehidupan saya semenjak mengenali beliau terasa lebih indah (jiwang pulak!). Hati ni dah tak rasa sunyi lagi, dan banyak benda yang telah saya pelajari semenjak berkenalan dengan beliau. Keputusan peperiksaan saya pun agak meningkat. Persaingan secara sihat lah katakan :) Beliau telah banyak mengajar saya erti kasih sayang dan kehidupan. Beliau juga telah membuka hati saya untuk lebih rapat dengan keluarga saya. Apa yang saya tahu, sewaktu zaman persekolahan, saya rasakan hubungan saya bersama keluarga saya agak renggang. Saya lebih banyak terpengaruh dengan dunia remaja saya sehingga mengabaikan keluarga yang sentiasa risaukan keadaan saya. Setelah saya kenal dia, dia telah banyak mengajar tentang keistimewaan hubungan kekeluargaan itu. Melihat kemesraan dia bersama keluarganya sahaja sudah cukup membuat saya cemburu. Saya terleka pada zaman persekolahan dulu. Saya tidak sedar yang saya masih ada keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang diri ini, dan sentiasa berdoa agar saya dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, kami berjanji akan sentiasa keep in touch walau apa pun berlaku. Kami tidak akan sesekali melupakan antara satu sama lain dan sentiasa berhubung sehingga memasuki alam pekerjaan. Jodoh? Siapalah saya untuk menceritakan tentang jodoh. Itu semua adalah kerja Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Berbalik kepada tajuk saya hari ini, 'permintaan hati'. Jauh di lubuk hati ini, tersemat perasaan sayang kepada beliau, kasih sayang ini tidak harus ditunjukkan secara berlebihan, bimbang nanti keindahan kasih sayang itu bertambah pudar dan kelam ditelan zaman. Satu cara untuk memastikan hubungan ini sentiasa berkekalan adalah cara kami berkomunikasi. Saya mengakui, saya pernah meninggikan suara kepada beliau, dan secara ikhlasnya saya tidak berniat untuk berbuat begitu. Apabila masing-masing saling bertelingkah atas sebab sesuatu, perasaan marah dan emosi mula menguasai diri dan akhirnya, terjadilah kejadian 'tinggi suara' yang tidak sepatutnya berlaku. Sekiranya diimbas semula, penyebab utama kami bertelingkah, sangat sangat lah kecil dan tak masuk akal jika dibandingkan dengan cara kami bertelingkah. Macam lah kami sedang bergaduh tentang sesuatu perara yang besar. NO, not at all. 

Dalam sesuatu hubungan, tidak sah jika tidak berlaku perselisihan faham. Namun, jika perkara tersebut boleh dielakkan, lagi bagus lah kan :) Senang sahaja untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang pergaduhan. Setiap pasangan tersebut haruslah saling memberi dan menerima. Seorang memberi nasihat, dan seorang lagi menerima. Seorang meluahkan, seorang lagi harus menjadi pendengar yang sentiasa. Kita haruslah menjadi pelengkap antara satu sama lain. Saya mengaku, kadang2 saya juga melakukan kekhilafan. Akibat dikuasai oleh hasutan syaitan dan emosi yang sukar untuk dibendung, akhirnya saya telah melempiaskan amarah saya kepada beliau. Buat si dia yang sedang membaca tulisan saya ini, saya secara terbuka hatinya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap saya selama kita berkenalan. Saya bukan lah seorang perempuan yang baik untuk awak jadikan teman rapat, tetapi saya mengakui saya sangat suka berkawan dengan awak. Saya akan cuba untuk menjadi seorang teman karib awak yang sempurna dan menjadi tempat untuk awak berkongsi suka dan duka. 

Dengarlah permintaan hati ini, jangan lah pernah engkau berubah, jadilah diri mu yang sebenar sebagaimana di saat aku mengenali dirimu. Peramah, pandai buat kelakar, pandai ambil hati, matang berkata-kata, bijak menyelesaikan masalah, dan yang paling penting, sentiasa bercakap dengan penuh lembut dengan saya. How sweet :) Again, i'm so sorry :'') Wallahualam .

I WANT TO LIVE WITH YOU, HAPPILY EVER AFTER :D



No comments:

Post a Comment