Saturday 22 December 2012

BENCI TANPA SEBAB ?

Assalamualaikum wbt .

Tiba-tiba hati saya tergerak untuk menulis tentang 'Benci Tanpa Sebab'. Yes, masih wujud di kalangan rakan-rakan kita yang suka membenci orang without any valid reason. Dengar macam insane and tak masuk akal kan? Tapi itulah hakikatnya yang berlaku kepada saya. Opp oppp ! Bukan saya yang membenci orang ye, tetapi saya yang dibenci oleh seseorang tanpa sebab. Sudah puas saya fikirkan apakah yang saya telah lakukan kepada individu tersebut. Tetapi? Saya tidak menemuinya. Sudah pelbagai andaian dan teori yang saya dan rakan saya yang lain buat bagi menjawab persoalan ini. Betul atau tidak wallahualam :)

Sebenarnya saya memang tidaklah begitu mengenali perempuan tersebut, apa yang saya tahu nama dia dan dia tinggal di mana. Saya first time dapat satu kelas dengan dia tau, before ni tak pernah pun. Dia ada seorang kawan baik yang sentiasa mengikut ke mana saja dia pergi. Nama kawan baik dia tu memang saya taktahu langsung. Kisah ini terjadi semasa kali pertama saya memasuki kelas English For Pre-School. Sewaktu kelas sudah berakhir, dia datang ke tempat saya untuk bersembang dengan rakan yang duduk bersebelahan saya. Pada mulanya saya tidak mengambil kisah tentang mimik mukanya yang sentiasa menunjukkan ekspresi TIDAK SUKA kepada saya.

Macam ni lah muka dia masa tengok saya. Haha
Apabila kawan yang duduk bersebelahan saya memperkenalkan diri saya kepada dia, suddenly, daripada dia tersenyum riang terus bertukar wajah ketika memandang saya. Dia menjeling saya dan menunjukkan mimik muka seolah-olah saya ni amatlah menjengkelkan ! OMG ! What i have done to her ? Tell me girl ! (cakap dalam hati masa tu) Memang saya sangat terasa lah lepas kejadian tersebut. Well, maybe i'm too good compared to her then she get jelous and decide to hate me ! 'Stay away from me bitch! I really hate you!' Itu lah agaknya apa yang hati dia cakap. Hahaa. Entah lah, wallahualam :)

Sejak hari tersebut, dia terus memasamkan muka setiap kali terserempak atau bertembung dengan saya sama ada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Saya hanya tersenyum tatkala melihat mimik mukanya yang sangat annoying tu. Dalam hati aku : 'Lantak kau lah perempuan. Aku tak cari asal dengan kau. Apa yang aku tahu, aku jadi diri aku yang sebenar dan live my life as usual.'

Kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini, saya nasihatkan, sematkan prinsip ini dalam diri anda : SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF DAN JANGAN MUDAH MELATAH. 

Biar lah kalau ada orang yang benci kita pun, tapi pastikan diri kita tidak membuat sesuatu yang mungkin akan mebuatkan orang lain benci kepada kita. STAY COOL AND POSITIVE ! Wallahualammm :)

1 comment:

  1. Kalau perempuan membenci lelaki..sedangkan lelaki tersebut baek dgn dia

    ReplyDelete