Saturday 22 December 2012

KISAH SEORANG GADIS ♥

Assalamualaikum wbt, terima lah penulisan saya yang tak seberapa ini :)

" Lisa ! Bangun sayang, dah pukul 7 lebih dah ni!" "Alaaaa mama ni, pagi2 dah jerit-jerit, kacau lah Lisa nak tidur" rengek Lisa yang masih diulit selimut tebal bercorak bentuk hati berwarna pink. "Sayang, sayang tak sihat ke ni, kenapa taknak bangun ni sayang. Takpe lah kalau Lisa tak sihat, Lisa rehat je okey, tak payah ke kelas." Begitu lah tabiat Puan Sri Norlia yang sering memanjakan anak tunggal kesayangannya Lisa. Lisa, seorang gadis berumur 19 tahun dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Tan Sri Faris Zulkifli dan Puan Sri Norlia Ghani. Menjadi anak tunggal kepada pasangan ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai buat diri Lisa. Memandangkan dia merupakan satu-satunya waris kepada Tan Sri Faris Zulkifli, segala kemahuan dan tuntutannya akan dituruti. Sejak kecil lagi Lisa dimanjakan oleh mama dan abahnya. Lisa sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta yang terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur dalam jurusan perniagaan. Dia seringkali menarik perhatian para jejaka sama ada di sekitar kolej mahupun di luar kawasan. Setiap kali sang jejaka memandang wajahnya yang bujur sirih disaluti kulit yang putih mulus, membuatkan sang jejaka tidak berkelip mata melihatnya. Lenggang lenggoknya persis primadona yang sedang berjalan di atas pentas. Lebih tepat lagi, Lisa layak digelar Diva! Bayangkan lah jam tangannya sahaja sudah mencecah ribuan ringgit, apatah lagi beg tangannya yang berjenama, kasut, heels, blouse, skirt, cincin, gajet terkini, dan pelbagai lagi. Tak hairan lah Lisa mempunyai peminat dan pengikut yang ramai. Semua orang mahu berdampingan dengannya !

Namun begitu, langit selalunya tidak cerah. Langit di mana dahulunya sentiasa diterangi oleh sang suria dan cahaya bulan telah menjadi gelap gelita tanpa sedikitpun suluhan daripada sang bulan. Begitulah perasaan yang dialami oleh Lisa setelah terjadinya sesuatu peristiwa yang sangat tidak terduga dek akal mahupun fikiran. 

Pagi tersebut, Lisa tidak hadir ke kelas kerana dia merasa sungguh letih dan penat setelah semalaman ber'party' bersama teman-temannya di sebuah rumah teman karibnya, Hanan di banglo mewah yang terletak Mont Kiara. Tepat jam 1.45 tengah hari, Lisa terjaga.Matanya masih layu dan badannya terasa begitu lesu sekali. Setelah puas menggeliat, Lisa bangun dari katil empuknya, dan melangkah dengan malas ke bilik air. Tiba-tiba, telinga kecilnya menangkap satu bunyi seperti derapan kaki yang sedang menaiki anak tangga. Lisa tidak mengambi peduli tentang bunyi tersebut kerana sangkanya bunyi itu datang daripada derapan kaki bibiknya, Kak Sunti. Dia meneruskan niatnya untuk mandi dan menyegarkan badannya. Sekali lagi, Lisa mendengar pintu bilikya dibuka oleh seseorang. "Ish, Kak Sunti ni, berapa kali dah aku pesan kan sebelum masuk bilik aku tu ketuk lah pintu dulu, pantang betul aku orang main redah je masuk bilik aku" marah Lisa keseorangan di dalam bilik air. Lisa dengan pantas menghabiskan mandinya kerana mahu memastikan Kak Sunti tidak menyentuh apa-apa barang peribadi miliknya di kamar tersebut. Sebaik sahaja pintu bilik airnya dibuka... Tiada sesiapa di dalam biliknya! Kelibat Kak Sunti langsung tidak kelihatan dari mana-mana sudut. "Kak Sunti, jangan bergurau kasar dengan Lisa macam ni, tak payah lah menyorok, Lisa ni dah lah penakut" rengek Lisa dalam ketakutan. 

Secara tiba-tiba satu tangan telah menutup mulutnya dengan satu kain yang mengandungi sejenis cecair yang membuatkan Lisa terus tidak sedarkan diri. 

"Lisa, Lisa , bangun sayang, dah pukul 7 lebih ni," Puan Sri Norlia bertutur dengan begitu lembut sekali. "Eh, aku bermimpi ke tadi?" Lisa bermonolog sendirian sambil menggosok-gosokkan matanya yang terasa amat pedih sekali. TAMAT.

Hahaa. Nampak sangat aku dah malas nak sambung cerita. Sorry guys ! Aku takde niat pun nak tulis cerita pasal Lisa ni, aku saja je nak hilang bosan malam ni. Yeah, begitulah ceritanya. Kisah Seorang Gadis. Entah apa-apa je aku malam ni :P Wallahualam :)

Macam ni kot rupanya Puan Sri Norlia tu. Errrr





No comments:

Post a Comment