Sunday 23 December 2012

KENDURI KENDARA ♥

Assalamualaikum wbt :)

Saya baru sahaja sampai rumah ni tau. Fuhh penat sungguh ! Perjalanan saya pada hari ini bermula seawal pukul 8 pagi. Selepas umi gerak solat subuh, umi tak bagi dah saya nak tidur balik. Oh men ! Mata saya memang ngantuk gila lah pagi tadi sebab malam sebelumnya saya tidur lambat, duk main gusti dengan adik saya. Ups, hehee. Nak tak nak saya gagah kan diri jugak lah pergi mandi and iron baju shawl semua. "Kenapa kita nak keluar awal pagi ni umi? Kenduri bukannya start lagi pun," "Kita nak pergi breakfast telur setengah masak dekat Transfer Road (Penang)" Errr. Macam lah kat rumah tak boleh buat sendiri telur setengah masak. Special sangat ke telur setengah masak dekat Penang tu sampai nak kena keluar awal pagi macam ni? (cakap dalam hati)

Hari ini saya mengenakan baju kurung berwarna hijau tua dan bercorak polka dot warna hitam. Shawl? Saya pakai warna hitam je lah, senang dan sangat match. Saya memang sengaja pakai baju untuk ke kenduri siap-siap, sebab sepatutnya boleh je pakai baju simple-simple pagi tu then salin kat Gelugor, rumah my aunty. Tapi malas lah nak salin-salin dah, saya pakai siap terus kan senang. Apa yang saya tahu, hari ini saya perlu menghadiri jemputan kenduri oleh pakcik Rahmatullah. Beliau merupakan tauke Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu di Air Hitam. Kalau nak tahu, keluarga saya memang merupakan pelanggan tetap restoran tu. Nasi kandar dia, fuhhhhh ! Memang power lah ! Tak ada lagi nasi kandar lain yang boleh tandingi kelazatan nasi kandar Kampung Melayu ni, seriously ! Dalam perjalan pagi tadi, saya hanya merenung ke luar tingkap sambil memerhatikan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Tidak banyak yang diperkatakan semasa berada di dalam kereta tadi sebab sememangnya mata saya masih layu dan amat lah tidak bermaya walaupun sudah mandi dn mencuci muka menggunakan produk Nano White. (promote!)

Setibanya saya di kedai makan yang menyediakan juadah telur setengah masak yang agak famous di Penang, saya terus memerhatikan sekeliling. Kedai makan tersebut terletak di tepi jalan raya dan sangat lah kecil. Lebih layak digelar sebagai gerai makan, bukan kedai makan. (eh, ada beza ke?) " Mamak ! Roti bakar telur taruk atas." Saya terdengar pelanggan di belakang meja kami memesan makanan. Hmm macam sedap je 'telur taruk atas' tu. Saya terus lah memesan menu yang sama. Makanan sudah sampai, auuummm ! Memang mantap lah roti bakar dengan telur taruk atas tu. Bayangkan lah, Telur setengah masak tu dia letak atas roti bakar yang disapu dengan planta, elok je telur setengah masak dia tu. Agak menyelerakan jugak lah saya makan pagi tadi. Tambah2 pulak ada milo panas my favourite :)

Seterusnya, kami singgah di Gelugor , rumah my aunty untuk mengambil mak edah. Dengarnya dia pun nak join kami pergi kenduri. Lagipun, umi and abuya tak salin baju kenduri lagi, kami anak-anak je yang dah pakai baju pergi kenduri siap-siap. Tepat pukul 12.00 tengah hari, kami tiba di majlis walimatul urus tersebut. Memang abuya kalau boleh nak pergi awal kenduri sebab ada satu tempat lagi kenduri yang harus dihadiri di Permatang Pauh seterusnya harus segera pulang ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis Hi-Tea bersama Tan Sri Sheikh Kadir. Lauk di tempat kenduri pertama memang sedap! Ayam masak merah dia, fuhhhh power! Malangnya saya tidak mampu untuk makan banyak dek kerana masih ekenyangan 'telur taruk atas' tadi :) Second kenduri di Permatang Pauh, memang saya tak jamah sedikitpun nasi serta lauk. Hanya mengambil buah oren sebagai menghormati permintaan tuan rumah yang hendak kami sekeluarga menjamu selera di majlis mereka. 

Okey, masa untuk pulang ke Parit Buntar! Tan Sri dah sampai ke tempat majlis, jadi abuya mempercepatkan pecutan kereta! Well, di majlis tersebut kami sempat menumpang rumah seorang makcik (taktahu apa nama dia) yang berdekatan untuk solat Zohor. Majlis Hi-Tea tersebut menyediakan juadah mee goreng, kuehtiaw goreng, kacang, teh tarik dan air oren. Still, saya hanya berkongsi makanan bersama umi dan adik saya. Agak kepenatan lah saya pada hari ini. Almaklum lah cuti sekolah, memang banyak lah majlis kenduri kahwin diadakan. Sepatutnya pada hari ini ada banyak lagi kenduri yang harus dihadiri, tapi sorry lah. Saya hanya mengikuti abuya saya. Tak mampu nak memenuhi semua undangan. Kepada semua pasangan pengantin yang telah melangsungkan perkahwinan pada hari ini, saya ucapkan Barakallahulakumawabarakah dan semoga dikurniakan anak-anak yang comel dan mendengar kata. Selamat pengantin baru ! 

Omelan penulis : 'Bila lah aku nak berkahwin pulak kan, hehee. Lambat lagi lah kot, wallahualam' :)

Ekhem . Saya lah si gadis berbaju hijau tu :D

Yang kiri tu kakak, sebelah tu adik :P

No comments:

Post a Comment