Sunday 13 October 2013

Kekusutan Yang Cuba Dileraikan

Assalamualaikum wbt :)

Apa khabar semua pembaca blog? Harap semua orang sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan sejahtera, insyaAllah. Macam biasalah, hari ni baru ada mood nak update blog yang telah sekian lamanya tidak terusik oleh tuan dia yang malas sangat nak update ni. Hehee. Sambil ditemani lagu Justin Bieber, 'Baby', (just randomly click on youtube actually) aku pun mula lah mengambil mood untuk menulis dan mengarang segala apa yang terlintas di hati ini. 

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 3 tahun aku menuntut di International Islamic College (IIC) dan selama itu juga lah aku menetap di Kuala Lumpur, sebuah kota yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Terimbau kenangan di saat kali pertama aku menjejak kaki ke dalam sebuah kolej swasta yang dikendalikan di bawah pengurusan pihak UIA, aku berasa sungguh teruja untuk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar atau lebih tepat sekali sebagai seorang pelajar kolej. Sewaktu itu, aku telah semat kan di hati aku, aku ingin belajar bersungguh-sungguh dan berjaya hingga ke tahap yang tertinggi. Tambahan pula course yang aku ambil memang kena dengan minat dan citarasa aku yang mempunyai darah seorang pendidik. Sewaktu semester yang pertama, aku mula berkenalan dengan seorang sahabat yang pada waktu itu aku langsung tidak terfikir bahawa dia lah yang akan menemani aku sepanjang aku susah dan senang, sedih dan gembira, sihat dan sakit. Perkenalan yang sangat singkat telah membawa kepada suatu hubungan yang sangat akrab sehingga kami digelar 'si kembar' di kolej. Kami mempunyai pelbagai persamaan yang semuanya bukan lah dirancang tetapi kebetulan. Kami meminati warna yang sama, makanan yang sama, gaya pakaian yang sama, solekan yang sama, (aku memang suka bersolek) malahan jenis lelaki yang kami minat pun sama! Terlalu banayk memori dan kenangan indah yang kami cipta untuk diceritakan di sini, Ya, terlalu banyak dan terlalu indah untuk dikenang. Setiap kali aku terimbau kenangan kami berdua, aku akan tersenyum sendirian.

Masa yang sentiasa mencemburui aku, berlalu dengan begitu cepat sehinggakan aku tidak dapat berpatah semula walaupun sesaat. Aku semakin dewasa, semakin matang, semakin banyak kenalan. dan semakin banyak dugaan yang aku telah tempuh. Aku bukan lah aku yang dulu, yang berumur 18 tahun dan baru berjinak-jinak untuk berkenalan dengan dunia yang nyata. Dunia yang jauh dari pengawasan ibu bapa aku, dunia yang sangat bebas untuk aku teroka, dan dunia yang sentiasa menguji iman dan nafsu aku sebagai seorang hamba Allah yang lemah. Selama tempoh 2 tahun aku menjadi pelajar kolej, sudah pelbagai jenis orang yang aku kenal. Faris, Luqman, Azhar, Nadia, Nina, Shahirah, dan banyak lagi nama-nama yang pernah singgah di hati dan kepala aku. Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk aku senaraikan semua nama yang pernah menjadi kenangan baik mahupun kenangan perit selama 2 tahun aku di sini. Kini, aku sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama dia. Atas alasan yang berpihak kepada aku untuk berpindah dari hostel lama kami, kini aku menetap di rumah sewa bersama rakan-rakan aku yang lain. Aku ada ajak dia untuk berpindah sekali bersama aku. Yes, aku ada ajak dia. Tapi dia tidak mahu. Katanya dia lebih selesa untuk menetap di hostel berbanding dengan rumah sewa. Memikirkan faktor-faktor lain yang lebih penting untuk aku pertimbangkan, aku terpaksa berpisah dengan dia. Bukan lah berpisah teruk mana pun, by the word 'berpisah' tu, aku mungkin akan lebih jarang untuk berjumpa dengan dia. Tambahan pula masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Final year pulak tu, terlalu banyak projek dan assignment yang perlu dibereskan, Lama-kelamaan kami menjadi semakin renggang. 

Mungkin salah aku kerana aku jarang contact dia sejak aku moved out from hostel. Mungkin memang salah aku kerana tidak cuba menjaga hubungan yang telah terbina sejak 2 tahun yang lalu. Tapi... Kenapa dia juga berdiam diri? Selagi aku tidak memulakan, selagi itu lah dia berdiam diri. Aku ada start conversation through whatsapp, kami berwhatsapp macam biasa, dan meluahkan rindu masing-masing. Selepas beberapa minit, masing-masing terdiam semula. Diam dan terus diam. Begitu lah kami selepas 2 tahun. Harapan aku sangat tinggi untuk menjernihkan kembali ukhuwah yang telah terbina sepanjang 2 tahun ini. Aku rindu dia. Itu lah kekusutan yang cuba dileraikan. 

Wallahualam. 


No comments:

Post a Comment