Thursday 17 October 2013

DRAMA

Assalamualaikum wbt :)

Our beloved world has kept so many stories and secrets that nobody could imagine and expect. Unless, we are smarter and brighter than others, then we can reveal everything. 

KISAH 1

Fazura. Seorang gadis yang manis, ceria dan sentiasa melemparkan senyuman maut yang mampu mencairkan hati para jejaka kepada sesiapa yang dilihatnya. Fazura merupakan seorang pununtut di salah sebuah institusi swasta yang tidak berapa terkenal di  kota raya Kuala Lumpur. Dia merupakan seorang gadis biasa yang mempunyai angan-angan dan impian tersendiri. Ya, semua orang di dunia ini mempunyai angan-angan dan impian. Apa yang membezakan setiap angan-angan tersebut adalah usaha dan kegigihan setiap manusia dalam mengejar apa yang dihajati. Fazura tidak mahu ketinggalan dalam berusaha mengejar apa yang diimpikan. Mungkin sesiapa sahaja yang tahu akan impian si Fazura ini akan mengatakan dia seorang gadis yang pelik dan sewel. Seolah-olah tiada perkara lain yang boleh dipilih untuk dijadikan sebagai impian. Apakah impian Fazura? Fazura mempunyai impian yang jarang-jarang dihajati oleh manusia lain. Dia mengimpikan untuk membunuh semua lelaki yang dia rasakan tidak berguna dan sering memperalatkan si dara. BUNUH. Itu lah impian dia sejak dia masih di bangku sekolah. Dia mungkin akan ditangkap dan dilabel sebagai orang gila jika dia menceritakan tentang impiannya kepada orang lain. Namun tiada siapa lagi yang pernah mengetahui tentang angan-angan dan impian dia yang sangat 'unik' itu. 

Pada kebiasaan hari, Fazura berlagak seperti gadis normal lain yang sering bergaul sesama rakan sebaya, keluar bersosial bersama rakan-rakan, mentelaah pelajaran setiap kali menjelang waktu peperiksaan, dan bergelak ketawa. Walaubagaimanapun, tiada siapa yang mengetahui isi hatinya yang meronta-ronta untuk membunuh. Fazura umpama sang helang yang sentiasa mengintai sang anak ayam dan hanya menunggu masa untuk membaham! Sepanjang tempoh kewujudan angan-angan dan impiannya yang 'unik' itu, terdapat seekor anak ayam yang telah lama menjadi impian dan idaman sang helang sebagai hidangan yang sangat lazat. Anak ayam yang sentiasa berlegar-legar di kepala Fazura adalah Faruk. Seorang jejaka tampan yang sentiasa digilai oleh para gadis bahkan para wanita yang lebih layak digelar makcik juga tergila-gilakan Faruk dek kerana ketampanan dan karismanya yang sentiasa menawan hati para wanita. Namun begitu, lumrah bagi setiap manusia. Manusia mudah lupa diri. Manusia mudah berasa bangga dengan kebolehan yang dianugerahkan oleh sang Pencipta. Oleh kerana Faruk menjadi kegilaan ramai para gadis dan wanita, dia menjadi lupa diri. Bagi Faruk, setiap wanita yang ditiduri umpama persalinan hariannya. Wanita yang datang dalam hidupnya silih beganti dan Faruk tidak pernah merasa kesal setiap kali dia telah menghancurkan ramai hati para gadis. Bagi Faruk, semua perempuan itu sama sahaja. Hanya mahukan perhatian oleh orang lain terutama apabila dapat berjalan seiringan dengan jejaka tampan sepertinya. Bagi dia, perempuan hanya mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan mereka yang lain bahawa mereka dapat berpacaran dengan jejaka handsome! Selepas puas berseronok dengan perempuan-peremuan yang dikenalinya, dia akan meninggalkan mereka begitu sahaja. Buat apa mahu berpasangan lama-lama? Faruk bukan lah jenis lelaki yang percaya kan CINTA. 

Sudah lama Fazura memerhatikan Faruk. Sejak dia memasuki institusi swasta di mana menjadi tempat dia belajar, Fazura sering mendengar nama Faruk. Sana sini nama Faruk disebut dan dijaja. Setelah mengetahui dan mengenali si empunya nama, baru lah Fazura tahu tentang jejaka yang diberi nama Faruk itu. Hati Fazura sentiasa mendidih umpama lava di dalam kawah gunung berapi yang pada bila-bila masa sahaja akan tumpah dan mengalir keluar. Tetapi Fazura bijak mengawal emosi dan tindak tanduknya. Pada suatu pagi yang indah, ketika hujan turun renyai-renyai, Fazura sedang duduk menunggu teksi di tempat menahan teksi yang berdekatan dengan rumah sewanya. Niat Fazura pada hari tersebut, dia mahu pergi ke rumah sepupunya yang terletak di Petaling Jaya. Tiba-tiba, sebuah kereta Suzuki Swift berwarna putih berhenti betul-betul di hadapan tempat Fazura sedang duduk. Tingkap kereta diturunkan, dan tersembul muka si Faruk yang seperti biasa kelihatan tampan dan segak berkemeja biru serta memakai tali leher bercorak belang biru dan hitam. "Awak Fazura kan? Awak nak ke mana hujan-hujan ni? Saya boleh tumpangkan," begitu lembut sekali Faruk bercakap dengan dia. Fazura yang sudah lama mengimpikan peluang untuk mendekati Faruk terus bersetuju untuk menumpang kereta Faruk. Sebelum ini, bukan Fazura tidak pernah cuba untuk mendekati Faruk. Fazura sering buat-buat terserempak dengan Faruk tetapi Faruk tidak pernah mengendahkan kehadirannya. Bahkan Fazura sudah menghafal jadual kelas Faruk dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Fazura memang begitu obses dengan Faruk. Obses untuk melunaskan hajat yang sudah lama dia impikan.'Aku sudah lama tunggu saat ini sayang'. Fazura tersenyum manis ketika Faruk membukakan pintu untuk dia. 

"Fazura, saya dah lama perhatikan awak sebenarnya. Awak ni manis sangat, saya suka lihat muka awak"
"Really? Tak silap saya awak tak pernah pun tegur saya di kolej. Agaknya kalau harini saya tak duduk tunggu teksi tadi, memang sampai ke sudah lah awak tak akan cakap dengan saya," manja sekali suara Fazura membuatkan Faruk berasa sungguh geram. Mahu saja Faruk mencium bibir nipis Fazura yang dilihat begitu comel sekali. 'Comel juga si Fazura ni, kenapalah sebelum ni aku tak pernah perasan dia, nampak macam senang ajak masuk bilik je ni' Faruk mengelamun sebentar. Fazura perasan setiap kali dia bercakap dengan Faruk, mata Faruk sering melihat ke arah bibir dan dadanya yang agak 'pejal'. Fazura hanya tersenyum manis dan dia mula mempamerkan sikap manja dan menggodanya untuk 'mencairkan' Faruk. Tidak sampai 10 minit Fazura berkenalan dengan Faruk, dia memberanikan diri menyentuh tangan Faruk dan membelai-belainya. Faruk berasa puas kerana dia merasakan Fazura amat senang memasuki jeratnya. 'Tak sampai 10 minit! Hebat juga aku ni' Faruk tiba-tiba mencium pipi mulus Fazura ketika memberhentikan keretanya di lampu isyarat yang sedang merah. 

"Fazura, awak nak pergi ke Petaling Jaya kan? Do you mind if saya singgah apartment saya sekejap? Saya ada barang nak kena ambil, boleh ya sayang?" kata Faruk sambil mencium tangan lembut Fazura. Fazura hanya membiarkan segala tindak tanduk Faruk terhadap dirinya dan sambil melemparkan senyuman manja, dia mengangguk perlahan. Setelah tiba di apartment Faruk yang terletak di kawasan Wangsa Maju, Faruk mengajak Fazura untuk naik bersama-sama dengannya. Fazura hanya menurut sahaja kata Faruk dan sambil berpimpinan tangan, mereka sama-sama memasuki perut lif dan Faruk menekan butang lif yang menunjukkan angka 6. "Masuk lah sayang, buat macam rumah sendiri. Saya duduk sorang-sorang je kat sini, saya tak selesa ramai-ramai. Tapi lagi selesa kalau kita berdua sahaja macam ni," Faruk mula memeluk tubuh Fazura yang hanya tersenyum dan mendiamkan diri sejak dari tadi. Faruk menarik Fazura memasuki kamar tidurnya yang kelihatan mewah. Faruk sudah lama menahan geram sejak dia melihat Fazura di tempat hentian teksi awal pagi tadi. Faruk memang kemaruk untuk 'meratah' badan Fazura yang dilihat sangat molek dan montok. Fazura masih mendiamkan diri dan hanya membalas pelukan dan ciuman yang diterima oleh Faruk. Sedang Faruk asyik mencium seluruh muka dan lehernya, Fazura menarik Faruk memasuki ruang dapur yang hanya terdapat beberapa buah cawan dan pinggan serta pisau kecil. PISAU. Mata Fazura tertancap pada sebilah pisau yang bersaiz sederhana dan mata pisau tersebut dilihat amat bersinar umpama sinaran api yang sedang marak pada anak matanya. "Sayang suka kita buat kat sini ya, nice one baby, I never tried here, in my own kitchen," Faruk semakin tenggelam dengan nafsu serakahnya dan terus menerus mencium serta meraba seluruh tubuh badan Fazura dari atas hingga ke bawah. Fazura menyandarkan tubuhnya pada kabinet yang terletak bersebelahan dengan peti sejuk, dan tempat dia bersandar amat dekat sekali dengan pisau kecil yang sejak dari tadi diperhatikan oleh Fazura. 'Ini saja peluang aku untuk capai impian aku' Sedang Faruk asyik mencium leher Fazura, dia mencapai pisau kecil tersebut yang hanya terletap beberapa jengkal dari tempat dia bersandar, dan tanpa membuang masa dia teris menikam belakang Faruk yang ketika itu sedang memeluk tubuh badannya dengan erat. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali-kali tusukan pisau yang ditikam di bahagian belakang badan Faruk. Faruk menjerit kesakitan dan selang beberapa minit kemudian, Faruk terdiam. Tubuh badan Faruk sudah lembik dan longlai, dan dia jatuh terlentang berdekatan dengan kaki Fazura. Fazura masih belum puas. Dia ingin mengecapi nikmat yang jarang-jarang sekali dia dapat sepanjang hidupnya. Fazura terus menikam dada Faruk yang sudah berlumuran dengan darah. Fazura menikam dada Faruk berkali-kali sehingga dia terasa letih. Setelah hatinya puas, dia terduduk di tepi tubuh Faruk yang terbujur kaku. Fazura mencium dahi dan bibir Faruk dan kemudiannya berbaring di sebelah Faruk sambil memeluk erat tubuh badan Faruk yang dipenuhi dengan darah segar. Sambil memeluk Faruk, Fazura berbisik di telinga Faruk, "ini semua drama."

TAMAT.






No comments:

Post a Comment