Friday 1 February 2013

2 FEBRUARI ♥

Assalamualaikum wbt :)

Selamat sejahtera semua ! Semoga korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya? Alhamdulillah, saya sihat sentiasa, makin sihat tau sebab banyak makan :P

Hari ini, 2 Februari merupakan ulangtahun kelahiran umi saya yang tersayang iaitu Datin Zuraida binti Husin. Birthday yang ke berapa? hahaaa, itu adalah CONFIDENTIAL okey :P

Sempena hari ulangtahun kelahiran my umi ni, saya nak menceritakan serba sediit tentang Puan Zuraida ni. Umi saya merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Nibong Tebal Haaaa, entah-entah ada di kalangan korang ni student umi saya kan kan? Heheee. Saya rasa, umi saya takde lah begitu garang sangat. Tapi, umi sangat menitikberatkan cara pemakaian anak-anaknya terutamanya saya ni haaa, as her first daughter ! Dulu kan, saya kurang rapat dengan umi tau, masa saya mula menginjak usia remaja (14-17 tahun). Sebab kan, saya ni dulu suka sangat memberontak! Saya paling pantang sekali kalau ada yang menegur cara saya berpakaian sebab masa tu saya ni jenis yang suka mencuba pelbagai gaya baru. Namun begitu, saya takde lah sampai mendedahkan sana-sini untuk tayangan umum. Cuma, mungkin umi saya lebih ke arah Islamic sikit so saya diarahan untuk memakai baju yang longgar2, no jeans are allowed, tudung labuh, pakai stokin, hand-sock and macam2 lagilah Almaklum lah, masa tu saya rasakan saya patut diberi peluang untuk memilih gaya sendiri, I mean what I love I will wear. (masa dulu lah) Alhamdulillah,sekarang ni saya dah semakin terbuka hati untuk mengikut gaya yang disaraankan oleh umi saya. Lagipun, ini kan untuk kebaikan saya juga Takkan lah sampai saya dah kahwin nanti saya akan berpakaian sesuka hati saya kan, orang tua tengok pun nampak tak manis Tak semestinya dengan menutup aurat, kita tak boleh bergaya. Itu yang saya belajar melalui umi saya. Umi pun banyak memberikan support kat saya tau. Umi belikan jubah dengan new trend, baju kurung yang cantik2, and so was the other clothes yang menutup aurat lah ;)


see ? tak semestinya dengan menutup aurat kita tak boleh bergaya :)  sorry lah model nya ta k cantik :P


Saya semakin selesa dengan gaya saya sekarang, lagipun boboy saya banyak memberikan panduan dan nasihat untuk saya. Boboy pun merupakan salah satu 'tenaga pengajar' yang banyak membantu saya untuk berpakaian sopan dan menutup aurat. Ciri-ciri suami yang soleh kan? Heheee (perasan sudah). 

Begitu lah serba sedikit kisah tentang umi saya sempena hari istimewa beliau pada hari ini. Buat umi tersayang, tiada sesiapa yang dapat gantikan tempat umi dalam mendidik dan mengasuh amal sejak amal kecil hingga lah dah besar panjang macam ni. Umi lah satu-satunya ibu yang paling penyayang dan pengorbanan umi tidaklah ternilai besarnya. Thank you umi sebab selama ni banyak bersabar dengan karenah amal yang degil ni. Trust umi, amal sayangkan umi sangat2 dan amal akan berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hingga mencapai tahap yang tertinggi. Amal nak balas jasa dan pengorbanan umi untuk amal selama ni. ILOVEEYOUU SO SOO MUCH UMI SAYANG ♥


No comments:

Post a Comment