Wednesday 18 March 2015

Allah Lebih Mengetahui :)

Ya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya termasuk lah diri aku yang sangat kerdil di sisi Allah SWT.

Kadang-kadang kita rasa pilihan kita itu lah yang terbaik tetapi hakikatnya Allah sudah pun mengatur hidup kita dengan penuh hikmah. Kita terlalu yakin bahawa kita mampu mengatur jalan hidup kita sehingga menjadi sebuah kehidupn yang bebas daripada cengkaman masalah dunia. Kita yakin bahawa pasangan kita itu haruslah sentiasa sempurna di mata kita. Kita terlalu yakin bahawa masa hadapan kita akan menjadi indah bak cerita-cerita dongeng. 'live happily ever after'.

Unfortunately, susah kan kita nak capai semua impian kita tu? Sehingga kita sanggup berpura-pura menjadi 'orang lain' instead menjadi diri kita yang sebenar. Kita sanggup berpura-pura bahawa kita hidup ni perlu lah sentiasa enjoy an chill. Kita sanggup berpura-pura bahawa tiada masalah dalam hidup kita. Kita sanggup berpura-pura pasangan kita itu lah yang terbaik untuk kita. Padahal. Nak berterus terang dengan pasangan kita pun susah.

Semasa menjalinkan hubungan, segalanya nampak indah. Raut wajah yang indah, kata-kata yang indah, jalan cerita yang indah, kenangan yang indah. Selepas beberapa tahun perkenalan, kau baru sedar yang pasangan kau itu bukanlah pasangan yang serasi.Tapi kau cuba untuk pertahankan hubungan itu. Kau cuba menjadi seorang perempuan yang sanggup berkorban segalanya demi pertahankan hubungan yang terjalin. Tetapi hakikatnya kau hanya menjadi diri orang lain. Pasangan kau hanya mencintai diri kau yang 'fake'. Kau baru sedar yang selama ini kau hanya lah berpura-pura menjadi orang lain. Namun masa sudah terlewat. Pasangan kau hanya mencintai diri kau yang kau 'lakonkan'. Terus kau cuba untuk meraih perhatian dia supaya beralih cinta kepada diri kau yang sebenar. TAPI KEADAAN MENJADI LEBIH SUKAR.

Jauh dari sudut hati, kita sedar yang kita deserve untuk dapat yang lebih baik. Allah itu kan maha Adil? :) tetapi kenapa kau masih perlu pertahankan hubungan yang kau sendiri tak nampak hujung pangkal. Masa hadapan yang masih samar-samar.

Stop pretending. Stop acting that you are happy with him and you want to live happily ever after with him. Be strong, tetapkan hati kau supaya kau mampu berubah kepada yang lebih baik. Stop saying 'i love you' when you're not even mean it. Everything has to be stop.





No comments:

Post a Comment