Saturday 6 April 2013

Clean&Clear Election ヽ(•‿•)ノ

Assalamualaikum wbt :)

Hye hye hye everyone ! Wassup? Hehee. Tiba2 harini rasa nak update blog pula. Selalu nya kemain malas lagi nak update blog saya ni. Apa guna lah ada blog tapi malas nak update kan? Haaa, saya tengah kutuk diri saya sendiri nii, hahaaaヽ(^o^)ノ

Okey, sebelum saya merepek kepada perkara-perkara lain yang lebih lanjut, saya straight terus lah kepada topik yang saya nak katakan pada hari ini ye. E.L.E.C.T.I.O.N atau pun dalam Bahasa Melayu nya disebut PILIHAN RAYA. (tak tahu lah dekat ke tak dua-2 perkataan tu ヽ(•́o•̀)ノ ) Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat menetukan parti politik yang membentuk kerajaan dan mentadbir negara melalu pilihan raya umum. Pilihan raya pertama di Tanah Melayu dijalankan pada tahun 1951 untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan seterusnya pada tahun 1952 untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Pada ketika itu, isu pertama yang diperjuangkan ialah kemerdekaan dan permuafakatan antara kaum-kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Secara umumnya, terdapat pelbagai faktor yang menentukan keputusan pilihan raya termasuklah ketokohan calon, kekuatan parti politik, dasar parti, dan kerajaan yang memerintah.

Okey, saya malas nak bagi fakta banyak-banyak, sebab saya tahu korang ni bukannya minat Sejarah sangat pun kan (. ❛ _ ❛.) ╭ BUT ! For those yang minat Sejarah tu lagi BAGUS! Biar lah kita kaya dengan pengetahuan am tentang sejarah negara kita yang tercinta ini so that tidak ada sesiapa yang boleh pandang rendah kat kita. Sikiiuusss me ! (ಠ¿ಠ) 

So, this year my abuya (my dad) akan bertanding untuk PRU-13 di P-57, parlimen Parit Buntar. Tahun ini, merupakan kali kedua abuya bertanding di Prit Buntar. Alhamdulillah, sokongan dan penerimaan yang begitu memberangsangkan telah diberikan oleh penduduk di Parit Buntar secara khas nya. Well, for those yang tak begitu berminat dengan arena politik ini, it so k. Tapi anda akan merasa rugi kerana terlepas untuk merasai kemeriahan berkempen ini. SERIOUSLY I SAID, that was very fun okey ! Oh maybe saya tak tahu lah bagaimana kawasan lain selain Parit Buntar berkempen, tapi di parlimen Parit Buntar ni, kemeriahan berkempen sudah menjadi seperti satu festival di mana seluruh penduduk dari golongan kanak-kanak sehingga lah golongan warga emas turun padang untuk berkempen! Lebih-lebih lagi orang muda macam I ni kan, memang rugi lah kalau tak turun untuk menjayakan kempen ! Tenaga anak muda seperti kita ini lah yang diperlukan oleh calon-calon untuk meraih undi! 

Bagi saya, sebagai seorang anak kepada ahli politik yang telah membesar di dalam kancah politik ini pemikiran saya semakin terbuka untuk melihat ke arah manakah negara kita akan dipacu pada masa hadapan. Semakin lama saya semakin sedar dan faham apakah perjuangan yang telah dibawa oleh abuya untuk kemajuan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Sometimes, tipu lah kalau saya kata yang saya ni tak kisah pun apa orang lain nak kata tentang ayah saya. MESTI LAH SAYA KISAH ! Orang-orang yang masih percaya dengan janji karut dan kata-kata manis umpama madu beracun oleh kerajaan Barisan Nasional, saya kategorikan sebagai orang-orang yang masih belum terbuka pemikirannya (●́_●̀) Maybe mereka tidak didedah kan oleh isu-isu semasa yang semakin banyak melanda di negara kita ni terutamanya apabila membabitkan tokoh-tokoh politik terkemuka negara. 

Yes, I know I just 20 years old. But I'm big enough to think what is right and what is wrong. Untuk mendapat kan negara yang harmoni, maju, bebas rasuah, dan pelbagai lagi perkara berbangkit yang lain, tunggak utamanya adalah PEMIMPIN NEGARA. If yo guys aware, what is going on in our beloved country, you can found out that there were lots of mistakes yang pemimpin negara kita telah lakukan. I admit that our prime minister, Dato' Najib Abd Razak telah banyak menabur bakti untuk membangun kan negara kita ni. And I ADMIT! Pelbagai perkara negatif lain yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang mentadbir negara Malaysia. Kalau nak list down dekat sini memang banyak, tak larat nak type, why not korang try to do some research about isu kapal selam, isu Altantuya, isu rasuah, isu DUIT HARAM, dan pelbagai lagi. After dah buat research, then you have to open up your minds and THINK wisely about it 【ツ】

Saya guna ke tak Baucer1M tu? Of course lah guna, dah orang memberi, kita merasa kan. Itu namanya rezeki, and saya memang berterima kasih untuk PM kita for the voucher. Tapi come on lah, itu bukan big issue pun kalau nak dibanding kan dengan apa yang beliau serta kroni-kroni telah lakuakan sepanjang mentadbir Malaysia ni. Ditambah pulak dengan issues wife kesayangan dia tu, Kak Mah kita tu. Saya rasa saya tak perlu cakap kot, sebab rata-rata rakyat Malaysia (yang aware) dah almaklum tentang Kak Mah kita ni. Persoalannya, siapakah yang menjadi dalang di sebalik rancangan jahat Najib selama ni? Bak kata Nabil, LU PIKIR LAH SENDIRI ! ┗(^0^)┓

So Malaysian, what are you waiting for? Wake up and do a change ! Sudah-sudah lah tu bagi Pak Jib tadbir Malaysia, umur dia pun dah semakin meningkat, harta yang terkumpul pun tak habis sampai 7 keturunan, beralih lah kepada yang lebih LAYAK ! Teras kemajuan negara terletak kepada pemimpin yang bertanggungjawab, amanah dan adil. Jangan takut untuk melakukan perubahan! Kalau anda takut, sampai bila-bila lah kita akan menjadi seperti katak di bawah tempurung! ヾ(^∇^)

Pendek kata, panjang tak kata apa. Panjang diam je. Hahahaa ! Vote for change ! 
Wallahualam 乂◕‿◕乂

p/s : Di sini saya ada sediakan sedikit lampiran untuk tatapan anda semua. (Perghh ayat !!) Ini lah wajah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati serta merupakan bapa yang amat penyayang. I Love You Abuya ! May you always have bless from Allah SWT :)






2 comments:

  1. Salam,

    Merujuk kepada ayat terakhir tu. "May you always have blast from Allah." 'Blast????' 0_0

    Please change the word 'blast' to 'bless'. Thanks.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt,
    Allahu ! My mistake -_- Thanks for correcting me !

    ReplyDelete